TUJUH bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Mimi Lana berharap dikurniakan anak kembar bersama suaminya aktor Syafiq Kyle.
Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, berkata dia mahu orang ramai turut mendoakan keinginannya itu.
“Boleh ke nak minta semua orang doakan saya dapat baby kembar.
"Orang cakap kalau ramai yang doakan senang termakbul,” katanya.
Mimi berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Threads pada Rabu.
Mimi merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat yang tidak henti mendoakannya.
Bagaimanapun, Mimi tidak menjelaskan sama ada dirinya sudah berbadan dua atau sebaliknya.
Perkongsian itu menarik perhatian ramai yang rata-rata mendoakan agar impian pasangan berkenaan dimakbulkan.
Malah, ada juga peminat mula membuat spekulasi mendakwa pelakon itu kini hamil.
“Insya-Allah nanti dapat sepasang anak kembar kacak dan cantik macam mama papa dia.
ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle dan Mimi Lana sah bergelar suami isteri
ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle tak letak syarat, Mimi Lana sedar perlu jaga batas selepas berkahwin
“Dah macam ada bau nak ke dewan bersalin, moga ada rezeki korang.
“Kami tak sabar nak jumpa Mimi dan Syafiq junior!,” antara komen netizen.
Selepas dihujani pelbagai ucapan positif, Mimi merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat yang tanpa henti mendoakan agar dia dikurniakan zuriat kembar.
"Terima kasih semua. Semoga segala doa yang baik berpatah balik untuk awak semua. Semoga kita sentiasa diberikan rezeki yang luas, nikmat bersyukur dan kesihatan baik oleh Allah SWT," tulisnya.
Untuk rekod, Mimi dan Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, disatukan pada 14 Februari lalu di sebuah ruang acara di Taiping, Perak.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!