TIDAK memilih dalam mencari pasangan, pelakon Scha Elinnea menolak dakwaan segelintir pihak yang menganggap dirinya sebagai ‘high maintenance’.
Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 26, berkata dia lebih mengutamakan lelaki yang mampu berkembang bersamanya dalam mencari pasangan hidup.
"Nak kata saya high maintenance itu tak tahulah, tiada komen untuk itu tapi saya mampu untuk sara diri saya sendiri.
Scha mahu kahwin dengan lelaki idaman.
"Saya kalau nak cari pasangan hidup mahu seseorang yang boleh berkembang sama-sama," katanya kepada mStar.
Bercerita mengenai kriteria lelaki idaman, Scha mengakui dia lebih tertarik kepada lelaki pendiam berbanding mereka yang banyak bercakap.
Daripada segi penampilan pula, Scha berkata dia menyukai lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan memiliki raut wajah yang menarik.
ARTIKEL BERKAITAN: Scha Elinnea kekal profesional, rela tahan bau badan rakan artis
ARTIKEL BERKAITAN: Scha Elinnea tak menyesal jadi artis, tapi pernah menangis sebab rindukan keluarga
"Kalau ciri-ciri lelaki saya suka yang pendiam kerana saya tak suka lelaki yang banyak cakap.
"Sebab saya sendiri banyak cakap, kalau dua-dua memiliki perangai sama siapa nak menang nanti?
"Kalau rupa pula, saya suka lelaki yang tinggi, gelap dan kacak. Itu memang cita rasa saya. Kalau nak kahwin mesti nak yang miliki ciri-ciri idaman kan," ujarnya.
Scha mahu kahwin sebelum 30 tahun.
Walau bagaimanapun, Scha mengakui belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga kerana ingin memberi tumpuan kepada diri sendiri dan kerjaya.
Namun, dia menetapkan sasaran untuk berkahwin sebelum usia 30 tahun.
"Sekarang saya bercinta dengan kerja saja, fokus pada diri sendiri. Saya rasa sebelum 30 adalah waktu terbaik untuk saya, kalau ada jodoh," katanya lagi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!