BERDEPAN dugaan dalam kehidupan, penyanyi Zehra Zambri memberitahu ia bukanlah satu yang mudah untuk dilalui dan sukar difahami orang lain.
Meluahkan perkara tersebut, Zehra, 38, juga memberi gambaran seolah-olah dia tidak bahagia menjalani kehidupan dalam rumah tangga.
"Kalian tak akan faham bagaimana menahan emosi yang luar biasa.
Perkongsian Zehra di Instagram miliknya.
"Menahan sakit kerana dikhinati hidup-hidup, menahan sakit kerana tidak dinafkahi dengan selayaknya
"Badan menggigil ketakutan, rasa panik setiap waktu. Berada dalam lingkaran kadang disakiti kadang disayangi," katanya.
Zehra berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Jumaat.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zehra Zambri bakal lafazkan cerai 20 Ogos… “Saya boleh ceraikan hari ini, tapi dia datang haid”
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sekat WhatsApp sahaja” - Zehra Zambri nafi putuskan komunikasi dengan suami
Dalam hantaran tersebut, penyanyi ini turut meluahkan kekecewaan kerana setiap ujian yang dilalui memberi kesan terhadap dirinya.
"Kekecewaan setiap hari, menyalahkan diri sendiri.
"Bercakap sendiri bahkan sampai menyakiti diri. Mentalmu dihabisi, kewarasanmu diuji," ujarnya.
Sebelum ini, Zehra berdepan kemelut rumah tangga dengan suami iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin sehingga memfailkan permohonan cerai pada 7 Mac lalu.
Kes penceraian mereka masih berlarutan dan mahkamah memutuskan untuk diselesaikan secara lantikan hakam.
Zehra berdepan kemelut rumah tangga bersama suami.
Pada 13 Ogos, Majlis Tahkim memutuskan tiada persefahaman antara kedua-dua mereka dan diputuskan untuk bercerai.
Bagaimanapun lafaz akan dibuat pada 20 Ogos ini kerana Zehra berada dalam keadaan haid.
Untuk rekod, Zehra dan Iqwan mendirikan rumah tangga pda 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!