PENYANYI Ameng tidak ada masalah sekiranya Ammar Haikal menjadi peserta pertama tersingkir pada program realiti, Talk To My Manager yang akan bermula pada 24 Ogos ini.
Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 56, berkata dia lebih mementingkan pelajaran anaknya berbanding mengejar populariti dalam dunia hiburan pada usia yang muda.
"Kalau dia tersingkir awal, sekurang-kurangnya dia boleh fokus kepada pelajaran. Saya pun tak perlu lagi jumpa pengetua untuk minta surat pelepasan.
Ameng percaya dengan kebolehan anaknya.
"Sebenarnya banyak komitmen diperlukan untuk sertai program ini. Tapi insya-Allah dengan bakat dan suaranya saya percaya dia mampu bertahan beberapa minggu," katanya kepada mStar.
Kata Ameng, dia lebih selesa sekiranya Ammar menamatkan pengajiannya terlebih dahulu sebelum serius dalam bidang seni.
Malah Ammar dijadualkan menyambung pelajaran di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bermula Ogos ini.
"Kalau boleh saya tak mahu dia terlalu terlibat dalam muzik buat masa sekarang sebab belum tiba masanya. Lebih baik dia habiskan belajar dulu, baru fikir soal kerjaya nyanyian.
ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik bekas banduan tak layak jadi Ikon Antidadah, Ameng buktikan dirinya sudah ‘bersih’
ARTIKEL BERKAITAN: Ameng imbau berbaris telanjang kena 10 sebatan, tangan dan kepala dipasung - “Kalau gajah pun lari”
"Walaupun berat hati, saya setuju dia sertai program ini sebagai tanda sokongan kepada produksi kerana saya percaya program seperti ini wajar diberi dorongan untuk terus maju," luahnya.
Tambahnya, walaupun bersetuju jika anak-anak mengikut jejak langkahnya sebagai anak seni, namun pendidikan tetap menjadi keutamaan.
"Saya beri kebebasan kepada anak-anak untuk pilih hala tuju sendiri asalkan tak melampaui batas. Bagi saya, penting untuk tidak mencampuradukkan pelajaran dengan kerjaya seni. Bimbang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran," kongsinya.
Antara barisan artis yang terlibat dalam Talk To My Manager.
Dalam perkembangan lain, Talk To My Manager menggabungkan selebriti ternama bersama anak mereka dalam suasana pertandingan yang menguji kemahiran, kreativiti dan daya ketahanan.
Selain Ameng dan anaknya, program ini turut disertai termasuk Siti Saerah & Amad Aziz M. Osman & Ara Aziz, Sharifah Shahirah & Auddra, Shuib & Thalita, Sharifah Zarina & Athalia, Ina Naim & Hadie dan Liza Hanim & Marsya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!