KALI pertama masuk penyertaan, penyanyi Aina Abdul tidak menyangka menerima sembilan pencalonan untuk Anugerah Industri Muzik ke-24(AIM24).
Malah Aina juga merupakan salah seorang penyanyi yang menerima pencalonan terbanyak menerusi album Imaji dan Imaji Deluxe Edition.
“Dah lama saya impikan untuk pegang anugerah ini. Setiap kali bekerja dengan sifu seperti Ajai, saya melihat banyak trofi ini. Ia adalah anugerah yang ikonik.
Aina baru pertama kali tercalon dalam AIM.
“Ini adalah kali pertama saya tercalon dan masih terkejut. Saya hantar pencalonan hampir setiap kategori dan hanya berserah mana-mana yang sangkut,” katanya.
Aina ditemui ketika majlis pengumuman Top 5 AIM24 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.
Aina tercalon untuk kategori Rakaman Lagu Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Kulit Single/Album Terbaik, Album Terbaik dan Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik.
Kategori lain yang turut mencalonkan namanya ialah Lagu Pop Terbaik dan Runut Bunyi Terbaik Dalam Filem/Drama.
ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul penuhi impian komposer Indonesia, duet lagu ‘Arah Cinta Sejati’ bersama Fadhilah Intan
ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul kedekut enggan membazir beli barang mewah, sanggup habiskan masa ‘menyelam’ cari baju bundle
Aina turut bersaing dalam kategori Vokal Wanita Terbaik bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Marsha Milan dan Ernie Zakri.
Selain Aina, penyanyi Dayang Nurfaizah dan Ernie juga menerima sembilan pencalonan pada edisi kali ini.
Calon Vokal Lelaki Terbaik pula menyaksikan persaingam sengit antara Akim Ahmad, Amir Masdi, Hafiz Suip, Hazama dan Ryenald Guntabid.
Sekitar suasana di majlis pengumuman Top 5 AIM24.
AIM24 bakal berlangsung pada 13 September di Arena of Stars Genting Highlands, Pahang dan bersiaran secara langsung di saluran RTM.
Pada sidang media yang berlangsung, Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim turut mengumumkan hadiah wang tunai berjumlah RM200,000 bagi pemenang Album Terbaik.
Tahun ini AIM turut memperkenalkan empat kategori baru iaitu Lagu Tradisional Terbaik, Lagu Perpaduan Terbaik, Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik serta Kugiran Terbaik.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!