ANAK sulung kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah iaitu Mohamad Ayden Adrean Mohd Aliff pernah menjadi mangsa buli di sekolah sehingga membuatkan hati seorang ibu itu luluh.
Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, berkata, walaupun sudah mendaftarkan anaknya dalam kelas taekwondo bagi membolehkannya menjaga diri, Ayden,8, masih mengalami insiden sama.
“Ayden ada kena buli, saya berasa agak sedih sebab walaupun dah masukkan Ayden taekwondo untuk dia jaga diri tapi masih kena buli.
Bella bimbang keselamatan anak di sekolah.
“Dekat sekolah agama pun kena buli. Saya sedihlah untuk dia,” katanya kepada mStar.
Bella berkongsi perkara itu ketika majlis rasmi pengumuman pensijilan Halal Thong Bowl yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada petang Jumaat.
Menurut Bella, anak lelakinya itu bersekolah di dua sesi iaitu sekolah jenis kebangsaan pada waktu pagi dan sekolah agama pada waktu petang.
ARTIKEL BERKAITAN: Hanya seminggu berlatih, anak Bella Astillah berjaya tamatkan acara renang 400 meter di dalam laut
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sudah miliki dua anak, Bella Astillah segan cerita hubungan dengan Syed Saddiq
Namun insiden buli tetap berlaku di kedua-dua tempat, termasuk gangguan emosi dan fizikal.
“Ayden kena buli emosi dan fizikal.
“Macam dekat sekolah agama, ada yang menjerit kepada Ayden panggil dia anak yatim,” jelasnya.
Ayden kena buli emosi dan fizikal
BELLA ASTILLAH
PELAKON/PENYANYI
Tidak berdiam dalam menangani isu berkenaan, Bella mengambil langkah untuk berjumpa pihak sekolah selain keluarga pelaku itu sendiri.
Dia juga sering menasihati Ayden agar lebih berhati-hati apabila berdepan situasi sama di sekolah.
Bella bersama dua orang anaknya.
“Saya harap dia kuat. Saya ada pergi sekolah juga minta tolong ustazah. Semoga ada perubahan yang baik.
“Bukan sahaja jumpa keluarga, tapi pelaku itu sendiri saya jumpa terus cakap dengan dia… sebab yang buli dia adalah perempuan.
“Jadi saya cakap dengan Ayden dia kena kuat sikit selepas ini,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!