STESEN radio Hot FM sekali lagi melakar sejarah apabila bersiaran secara langsung dari dasar laut pada pagi Jumaat.
Kejayaan itu juga secara rasmi diiktiraf oleh Asean Records sebagai siaran secara langsung yang pertama di laut terbuka (First and Deepest Outdoor Underwater Live Radio Broadcast in Open Sea by Radio Personalities).
Program yang membawa nama Bekpes Hot Skuba itu bersiaran selama 90 minit di kedalaman 10 meter di Pulau Bidong, Terengganu.
Hot FM bersiaran selama 90 minit di dasar laut.
Barisan penyampai segmes Bekfes Hot iaitu KJ, Johan, Fara Fauzana dan AG mula turun ke laut sekitar pukul 10 pagi sebelum mula bersiaran.
Menerusi hantaran di sosial media, mereka berkongsi pengalaman sendiri berada di sana dan suara mereka jelas kedengaran menerusi frekuensi radio.
Pengarah Kandungan Kanan, Raja Khairil Idris Raja Aznan dalam satu kenyataan memberitahu kejayaan ini juga sebagai bukti stesen berkenaan terus kekal di hati peminat.
ARTIKEL BERKAITAN: Isu KJ sindir PMX, Fahmi Fadzil minta rujuk pengurusan Hot FM
ARTIKEL BERKAITAN: Hot FM minta pendapat ramai nak pancing Tyzo
"Selepas menawan puncak tertinggi di Malaysia, kami mahu mencabar kebiasaan dan kali ini menawan ‘dunia sunyi’ di bawah laut.
"Cabaran ini membuktikan semangat juang, keberanian, dan inovasi yang menjadi DNA Hot FM. Inilah cara kami kekal relevan dan terus dekat di hati peminat," jelasnya.
Tahun lalu Hot FM berjaya mencatat kejayaan di Malaysia Book of Records sebagai Siaran Radio Tanpa Henti Terpanjang di Gunung Kinabalu menerusi misi Bekpes Hot Tawan Puncak Kinabalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!