PENYANYI Hael Husaini meluahkan rasa syukur apabila konsert sulungnya yang berlangsung pada 8 Ogos lalu menerima sambutan luar biasa daripada peminat.
Hael atau Hal Husaini Razmi, 38, berkata dia berasa puas dengan perjalanan acara tersebut walaupun mengakui masih ada ruang untuk penambahbaikan.
“Saya sangat terharu dengan sambutan yang diterima pada konsert saya tempoh hari.
Dayang (kiri) turut hadir sebagai penyanyi istimewa di konsert Hael.
"Syukur semuanya berjalan lancar dan peminat berpuas hati. Walaupun tidak sempurna saya teruja untuk konsert pertama ini.
"Saya juga gembira dengan kejutan yang saya lakukan melalui set lagu yang dipersembahkan,” katanya kepada mStar.
Tambah Hael, dia juga teruja apabila mendengar reaksi peminat yang mengatakan mereka berbaloi membeli tiket untuk hadir ke konsert tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Hael Husaini ‘all out’ kongsi perjalanan 11 tahun anak seni, Siti Nurhaliza luang masa beri kejutan
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada keperluan upah ‘bodyguard’, Hael Husaini cuma ada pemandu peribadi
“Paling mengujakan apabila peminat kata mereka berbaloi beli tiket dan datang ke konsert saya. Itu yang buat saya rasa puas hati dan bersemangat untuk terus beri yang terbaik,” jelasnya.
“Kalau ikut perancangan masa depan, saya lebih berani untuk buat sesuatu yang hebat lagi,” ujarnya.
Konsert Hael Husaini and The Repertoire berlangsung penuh meriah di Zepp Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu.
Konsert berdurasi dua jam setengah itu bukan sekadar menghimpunkan karya terbaik ciptaan Hael tetapi turut menjadi perayaan istimewa mengimbau perjalanan kerjaya sepanjang 11 tahun bergelar anak seni.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!