SEJAK melibatkan diri menjadi duta pelbagai produk lapan bulan lalu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul dana sebanyak RM2 juta untuk disalurkan kepada penduduk di kawasan berkenaan.
Terus menerima banyak tawaran, Syed Saddiq, 33, mensasarkan jumlah tersebut akan bertampah pada penghujung tahun ini.
“Saya dapat kumpul melebihi RM2 juta untuk Muar sepanjang kerjasama dengan pelbagai jenama sejak Disember tahun lalu.
Syed Saddiq cari pendapatan sampingan jadi duta untuk bantu rakyat Muar.
“Insya-Allah akan ada empat jenama lagi yang bakal berkolaborasi dengan selepas ini dan saya jangkakan pada akhir tahun ini ia akan mencecah RM2.5 juta sehingga RM3 juta,” katanya kepada mStar.
Berkongsi lanjut, Syed Saddiq memberitahu setiap peluang yang diperoleh adalah untuk manfaat penduduk Muar.
Malah dia sendiri tidak mengambil sebarang keuntungan dari hasil penglibatannya apabila dipanggil untuk membuat penampilan khas atau sebagai duta.
“Berbanding saya duduk diam sahaja, lebih baik saya buat kerja sambilan seperti ini kerana hasilnya dapat meraih dana untuk parlimen Muar.
ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq tetap bawa buku nota walau ke anugerah hiburan, hadir ditemani Bella Astillah dan ibu bapa
ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq tak ambil sesen, sumbang bayaran wajah kempen Wawa Cosmetics untuk penduduk Muar
“Banyak jenama yang bekerjasama dengan dan selepas saya tandatangan kontrak dengan mereka, 100 peratus bayaran dibuat terus ke akaun bank Pusat Khidmat Parlimen Muar kerana saya mahu ia disalurkan sepenuhnya ke sana,” jelasnya.
Dalam pada itu, Syed Saddiq mendedahkan sebanyak RM15,000 yang diterimanya ketika membuat penampilan khas di acara pengumuman sijil halal restoran Thong Bowl turut disalurkan untuk membantu mangsa ribut di Muar.
Malah, kata Syed Saddiq, dia juga berasa selesa beberapa kali berkolaborasi dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang turut terlibat dalam acara berkenaan.
Syed Saddiq terima RM15,000 daripada pihak Thong Bowl dan disalurkan buat rakyat Muar.
“Bila mereka hubungi saya, mereka kata sanggup bayar RM15,000 untuk membuat penampilan sempena acara ini.
“Saya katakan, proses bayaran harus terus diserahkan kepada Parlimen Muar kerana ramai memerlukan dana terutama selepas berlakunya ribut yang merosakkan atap rumah penduduk.
“Saya sangat selesa bekerja dengan Bella kerana kami sudah kenal bukan setahun atau dua tahun. Saya sudah anggap dia sebagai seorang wanita besi yang sangat bekerja keras,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!