PENYANYI Datin Alyah melihat suaminya iaitu pengarah muzik tersohor Datuk Ramli MS sebagai seorang yang amat teliti dan cerewet apabila menyentuh soal makanan.
Menurut Alyah atau Noor Hasliah Abu Hasan, 44, suaminya bukan sahaja mempunyai citarasa tinggi, malah Ramli turut melakukan kajian setiap kali dia memasak di dapur.
“Dia memang sangat cerewet bab makanan. Tambah pula dia pandai memasak. Dalam masa sama, dia suka buat kajian pula masa masak tu,” katanya kepada mStar.
Ramli sangat cerewet bila soal makanan.
Berkongsi lanjut, Alyah berkata antara menu yang sering dimasak oleh suaminya itu ialah asam pedas.
Menu itu juga menjadi hidangan di rumah mereka hampir setiap minggu.
Namun menariknya, Ramli tetap akan menganalisis ramuan seperti jenis cili dan ikan setiap kali menu itu disediakan.
ARTIKEL BERKAITAN: Alyah bukan ambil anak angkat dari rumah kebajikan, jelaskan hubungan Izzara dengan suami
ARTIKEL BERKAITAN: Perancangan terbaik Allah buatnya, Alyah perkenal Nur Izzara kepada peminat
“Asam pedas tu memang wajib. Dari awal kahwin sampai sekarang, setiap minggu mesti ada.
"Tapi setiap kali masak, dia tetap kaji… nak tahu jenis cili mana lebih sedap, ikan mana paling sesuai,” ujarnya.
Dalam nada berseloroh, kata Alyah dia seolah-olah menjadi ‘tikus makmal’ dalam eksperimen masakan suaminya yang tidak pernah berhenti mencuba pelbagai bahan dan teknik.
Kehadiran Izzara menceriakan suasana perkahwinan Alyah dan Ramli.
“Saya tak jumpa lagi asam pedas yang sedap seperti dia buat. Bukan sebab dia suami saya, tapi sebab hasil kajian dia tu memang luar biasa.
“Dengan semua kajian yang dia buat selama ni, boleh dikatakan saya ni macam tikus makmal!” katanya sambil ketawa.
Untuk rekod, Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada Mac 2013.
Pasangan mengambil seorang anak angkat bernama Nur Izzara.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!