suria

10 tahun hidup solo, Amelina sudah hilang 'taring' pikat lelaki... pilih tundukkan pandangan

Amelina memilih untuk menjaga pandangan agar tidak mudah tergoda dengan mana-mana lelaki

SEPULUH tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Amelina sudah hilang 'taring' untuk memikat hati lelaki pilihan. 

Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin, 51, berkata dia seolah-olah hilang keyakinan diri dan sering salah langkah apabila menjalinkan hubungan.

"Selepas ‘menghilang’ dan kembali semula dalam indsutri sejak 10 tahun lalu, saya terus fokus kepada anak-anak. 

“Namun apabila mereka sudah dewasa dan saya bersedia untuk memulakan semula hubungan saya mula rasa janggal.

Amelina tidak pernah menutup pintu hati untuk kembali berumah tangga suatu hari nanti.

"Ada juga timbul rasa rendah diri, nak pikat pun tidak pandai. Walaupun anak-anak beri ‘green light’, tapi saya tidak terfikir sangat ke arah itu (berkahwin baharu)," katanya kepada mStar.

Dia bagaimanapun tidak pernah menutup pintu hatinya untuk kembali berumah tangga namun mengaku sudah selesa dengan hidupnya kini.

Malah demi menjaga diri, dia juga menundukkan pandangan agar tidak mudah tergoda dengan mana-mana lelaki demi menjaga nama baik. 

"Saya tidak pernah menutup pintu hati untuk menerima orang baharu, cumanya apabila sudah mula berkawan tiba-tiba perasaan itu hilang atau mungkin saya sudah terlalu selesa hidup solo.

ARTIKEL BERKAITAN: Amelina takut kecewa lagu baharu tak dapat sambutan, sedar genre dangdut sudah tenggelam

ARTIKEL BERKAITAN: Simpati orang tak lama, Amelina pesan Bella Astillah jangan biar diri dipergunakan

"Jadinya sekarang saya banyak tundukkan pandangan supaya tidak tergoda dengan mana-mana lelaki. Status terkini saya ‘single’," kongsinya.

Dalam pada itu, Amelina memberitahu dia juga sering didekati suami orang namun memilih enggan meneruskan hubungan tersebut.

"Ada yang mendekati rupa-rupanya suami orang. Walaupun wajah hensem saya harus tarik ‘handbrake’ (berundur) sebab tidak mahu sebarang masalah di kemudian hari. Ada juga duda dan bujang yang cuba mendekati.

Amelina mendedahkan dia pernah didekati lelaki berstatus suami orang.

"Mungkin juga mereka ‘approach’ saya tidak kena pada caranya dan tidak sampai di hati. Saya pula seorang yang manja," luahnya.

Untuk rekod, Amelina pernah mendirikan rumah tangga dengan Reduan Mahamood pada 26 April 1999 dan bercerai pada 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai enam orang cahaya mata.

Artikel Lain