BEKAS vokalis Samsons, Bambang Reguna Bukit kini sedang bertarung nyawa melawan kanser tulang lutut.
Berita sedih itu dikongsikan oleh Irfan Aulia yang memaklumkan rakannya itu sudah 10 tahun menghidap penyakit berkenaan.
Malah Bambang atau lebih mesra dengan panggian Bams juga baharu sahaja selesai menjalani pembedahan di sebuah hospital di Pulau Pinang, Malaysia.
"Dia baru saja pulang dari Malaysia untuk menjalani pembedahan di lutut.
Irfan (kanan) kongsi keadaan terkini Bams.
"Dia ada kanser di bahagian lutut kanan. Sebagai rakan kami selalu memberi semangat kepada dia," katanya kepada mStar.
Irfan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Samsons Live in Malaysia yang berlangsung pada petang Rabu.
Menurut Irfan, dia bagaimanapun tidak pasti tahap kanser yang dialami rakannya itu namun difahamkan keadaanya semakin baik.
Tambahnya, Bams juga masih aktif melakukan persembahan walaupun dilakukan secara duduk.
ARTIKEL BERKAITAN: Demonstrasi Indonesia beri kesan besar, Inul Dararista sedih fikir nasib 5,000 pekerja
ARTIKEL BERKAITAN: Pemain bola dijadual lafaz cerai 12 September, dakwaan kembali rujuk tak benar
"Mengenai tahap kanser itu saya tidak tahu. Dia tidak merahsiakan perkara itu kerana saya perasan ada juga dia berkongsi di podcast mengenai keadaan kesihatannya.
"Sekarang saya difahamkan keadaannya sudah semakin baik, bukan serius.
"Baru-baru ini, Bambang ada menjayakan sebuah persembahan, tapi dalam keadaan duduk. Sekarang karier muzik dia lebih kepada solo dan membuat persembahan keagamaan di gereja," luahnya.
Dalam pada itu, Irfan memberitahu dia sudah lama tidak bertemu dengan rakannya itu dan hanya berhubung melalui media sosial.
Sekarang saya difahamkan keadaannya sudah semakin baik, bukan serius
IRFAN
SAMSONS
"Kali terakhir saya berhubung dengan Bambang, mungkin beberapa tahun lalu.
"Kami ada berjumpa di pejabat dan bercakap mengenai beberapa perkara termasuk perancangan projek bersama. Kami akan ada projek bersama nanti.
"Hubungan kami masih baik, cuma jalannya sudah berbeza sahaja," jelasnya.
Samsons kembali hiburkan peminat Malaysia.
Untuk rekod, Bambang merupakan vokalis Samsons sejak awal penubuhan iaitu pada 2003 dengan menggalas peranan vokalis sehingga pertengahan 2012.
Dalam perkembangan lain, kumpulan Samsons bakal menjayakan konsert Samsons Live in Malaysia - Kenangan Terindah yang bakal dijayakan pada 9 November ini di IDEA Live Arena Damansara 3, Petaling Jaya Jaya.
Menerusi konsert anjuran Orlaith Inc itu, Samsong bakal membawakan lebih 20 lagu hit pernah dirakamkan sejak album pertama pada 2005 termasuk album baharu yang akan dipersembahkan buat kali pertama.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube