BIARPUN berdepan pelbagai cabaran, namun ia tidak pernah mematahkan semangat pelakon dan aktivitis kemanusiaan, Ardell Aryana untuk membantu rakyat di Gaza.
Bagi Ardell atau Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, tujuannya menyertai Misi Global Sumud Flotilla cukup jelas sejak awal mereka memulakan pelayaran ke bumi Palestin.
"Apa pun yang terjadi kami datang. Hanya dengan satu tujuan untuk membuka sekatan bantuan ke bumi Gaza.
Ardell sebelum ini berkongsi detik cemas ketika di Tunisia.
"Apa pun manusia merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang," katanya.
Ardell menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Rabu.
Dalam hantaran sama dia juga kembali mengingatkan diri sendiri agar sentiasa bersemangat dalam menyampaikan bantuan di negara berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Kapal misi Gaza didatangi dron, Ardell Aryana lalui detik cemas… Tetap kuat bawa semangat anak-anak
ARTIKEL BERKAITAN: PU Rahmat kongsi keadaan terkini misi Gaza selepas diserang dron, dinasihatkan rehat sebelum kembali mula belayar
"Bersatulah dengan satu semangat pada pasukan untuk lebih kuat tanpa niat lain. Sesungguhnya Allah tahu semua," ujarnya.
Difahamkan Ardell kini bersama anggota misi yang lain berada di Tunisia selepas lapan hari memulakan pelayaran dari Sepanyol.
Ardell dan Zizi antara rakyat Malaysia yang menyertai Misi Global Sumud Flotilla.
Dalam perkembangan sebelum ini, Ardell berdepan detik cemas apabila salah sebuah kapal misi berkenaan didatangi dron pemerhati.
Malah ada juga sebuah kapal yang telah diserang ketika berada di perairan Tunisia.
Selain Ardell, penyanyi Zizi Kirana juga antara selebriti dari Malaysia yang menyertai misi berkenaan dan mereka mula berangkat sejak hujung Ogos lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube