MAJLIS meraikan penyanyi Amira Othman yang bakal naik pelamin mendapat kritikan sesetengah pihak yang kurang bersetuju apabila digelar sebagai ‘Bachelorette Usrah’.
Tampil menjelaskan niat sebenar gabungan bachelorette dan usrah, pelakon Betty Rahmad selaku penganjur tidak menyangka istilah tersebut menjadi satu perdebatan di media sosial.
Betty bagaimanapun berlapang dada menerima pandangan orang ramai.
Rakan-rakan artis turut memeriahkan majlis parti bujang Amira.
“Tak sangka pula jadi isu. Tidak mengapa biar saya yang dipersalahkan,” katanya.
Betty menulis perkara tersebut di laman Threads miliknya selepas menerima pelbagai respons netizen.
Bercerita lanjut Betty memberitahu pemilihan istilah itu kerana dirasakan lebih sesuai.
ARTIKEL BERKAITAN: Mula berkenalan di konsert Siti Nurhaliza... Irfan Haris kongsi kronologi cinta Amira Othman, Fattah Amin
ARTIKEL BERKAITAN: “Syaitan je tak suka orang kahwin” - netizen pertahan Fattah Amin, Amira Othman bernikah
“Mula-mula nak letak ‘Bachelimah’ iaitu bachelorette versi muslimah. Tapi saya rasa macam buruk pula nama itu.
“Jadi saya letaklah Bachelorette Usrah,” ujarnya.
Pada majlis berkenaan Amira diraikan rakan-rakan yang juga aktif mengikuti kelas pengajian agama memandangkan penyanyi itu bakal menamatkan zaman bujang.
Bukan sekadar majlis kosong, ia turut diselitkan dengan pengisian ceramah bertajuk ‘Menuju Pintu Syurga Isteri Solehah’.
Pada acara itu, mereka juga berkongsi kegembiraan buat Amira yang bakal melangsungkan pernikahan dengan aktor Fattah Amin pada 14 September ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube