suria

Netizen puji suami Shila Amzah kerja penghantar barangan, Ubai seronok jumpa ramai orang

Ramai yang kagum dengan usaha Ubai.

SUAMI kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai mendapat pujian pengikut di laman sosial apabila berusaha menambah pendapatan dengan bekerja sebagai penghantar barangan. 

Terharu dengan kata-kata yang diberikan Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 27, memberitahu pekerjaan itu dilakukan ketika dia mempunyai masa lapang. 

Malah dia juga akui seronok apabila dapat berjumpa dengan ramai pelanggan ketika melakukan penghantaran.

Usaha Ubai mendapat pujian. 

"Kerja freelancer beginilah, ada hari sibuk, ada hari free. Kebetulan hari ini free kita layan penghantaran. 

“Kadang-kadang seronok jumpa orang," katanya ketika membalas komen seorang pengikut di akaun Threads miliknya. 

Menerusi komen yang ditinggalkan, seorang lagi individu melihat Ubai memiliki keperibadian yang berbeza berbanding kebanyakan suami selebriti lain. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tak profesional, perlu jaga adab... Ubai sedia jumpa penyanyi legenda selesai isu Shila Amzah 

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tampil mohon maaf, kesal tabur fitnah kepada Shila Amzah dan Ubai

Malah dia juga sempat menitip doa agar Ubai dan Shila terus dimurahkan rezeki. 

"Tabik dengan suami Shila, di saat suami selebriti lain tak mahu kalah cerita hebat bisnes sana sini, dia tenang sebagai penghantar barangan.

"Betul-betul lari dari stereotype. Shila pun nampak happy sangat dengan kehidupan sekarang," tulis individu berkenaan. 

Keluarga bahagia Shila Amzah. 

Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023. 

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Rhea Akira yang kini berusia setahun. 

Shila juga memiliki seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain