LAMA menyimpan rahsia, penyanyi Irfan Haris akhirnya berkongsi detik perkenalan kakaknya iaitu Amira Othman bersama pelakon Fattah Amin.
Kata Irfan, 24, Amira bersama aktor berkenaan mula berkenalan ketika menonton konsert Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika pada 14 Disember tahun lalu.
"Saya rasa detik permulaan perkenalan mereka ini di konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza. Saya tak pasti tapi saya rasa mereka mula berkenalan di situ," katanya.
Irfan kongsi rasa teruja percintaan kakaknya.
Irfan berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok miliknya.
Sebagai adik, Irfan turut memuji langkah berani yang dilakukan Fattah dengan bertemu ahli keluarga Amira terlebih dahulu sebelum berkenalan dengan lebih mendalam.
Tambah Irfan, ketika itu dia tidak berpeluang untuk menyaksikan momen bahagia kakaknya memandangkan sibuk dengan urusan kerja.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Irfan Haris mudah tersentuh, menangis dapat duet dengan Amira Othman… Bukan tumpang populariti kakak
ARTIKEL BERKAITAN: Irfan Haris sekadar balas komen Fattah Amin, tak campur urusan peribadi kakak
"Bila nak berkenalan itu Fattah sangat gentleman di mana dia mengambil langkah untuk berjumpa dengan keluarga.
"Bagi saya ia bagus kerana itulah lelaki sebenar... nak kenal orang itu kena jumpa ibu bapa mereka dulu. Kena kenal ibu bapa dan latar belakang keluarga.
"Dia jumpa semua, abang dan kakak tapi saya tak ada kerana ada undangan persembahan dan saya terkilan sangat," kongsinya.
Irfan
Menurut Irfan, sebelum perkenalan itu bermula, aktor berkenaan ada mengirim salam kepada Amira melalui pengurusnya iaitu Sakirin Acha memandangkan mereka sudah lama berkenalan.
Pada 8 September lalu, Fattah tampil memberi kejutan kepada Amira dengan pengumuman mereka akan bernikah pada Ahad ini sekali gus menukar status daripada rakan sekerja kepada rakan serumah.
Momen istimewa itu berlaku ketika Amira dan Irfan sedang membuat persembahan duet lagu baharu mereka berjudul Rasa & Takdir.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube