PASANGAN bakal pengantin Fattah Amin dan Amira Othman sudah mula merancang tentang majlis pernikahan mereka sejak Februari lalu.
Perkara tersebut didedahkan oleh adik kepada Amira iaitu Irfan Haris yang memberitahu dia sudah lama menyimpan rahsia mengenai hubungan rapat kakaknya bersama aktor berkenaan.
"Lama juga saya simpan rahsia, sejak tahun lepas bulan Disember. Tak sangka kakak saya sedang kenal hati budi Fattah, tetapi saya tak boleh beritahu orang.
Irfan tumpang gembira kakaknya bakal berkahwin.
"Bulan Disember kami ke London. Bulan Januari dah jumpa Fattah, masuk bulan Februari kami dah berbincang bila majlis ini akan berlangsung.
"Dalam hati Allah sahaja yang tahu berbunga-bunga mendapat khabar kakak saya nak berkahwin dengan Fattah," katanya.
Irfan berkongsi perkara tersebut menjawab pertanyaan orang ramai dalam satu sesi siaran langsung di laman TikTok.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia lelaki yang baik” - Amira Othman lega kongsi berita nikah, yakin Fattah Amin pilihan tepat
ARTIKEL BERKAITAN: Mula berkenalan di konsert Siti Nurhaliza... Irfan Haris kongsi kronologi cinta Amira Othman, Fattah Amin
Tambahnya perjalanan Amira dan Fattah berkenalan rapat berlaku terlalu pantas sebelum mereka membuat keputusan untuk berkahwin.
Malah Irfan juga menyifatkan bakal abang iparnya itu seorang lelaki yang berani apabila terus berjumpa keluarga selepas kawan rapat.
Amira dan Fattah pilih 14 September sebagai tarikh pernikahan.
"Apabila Fattah nak kenal dengan kakak, dia ambil langkah bertemu keluarga. Jumpa keluarga dan bincang tarikh. Cantik sahaja Allah susun, betul-betul cepat," ceritanya
Amira dan Fattah bakal disatukan dalam satu majlis pernikahan yang akan berlangsung pada Ahad ini.
Mereka sebelum ini membuat kejutan mengumumkan tarikh hari bahagia ketika majlis pelancaran lagu baharu Amira dan Irfan berjudul Rasa & Takdir.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube