PENYAMPAI radio DJ Sonic kini menjadi tumpuan selepas menerima kecaman netizen gara-gara menitipkan doa dan kata-kata semangat buat pelakon Nur Fazura yang sedang menghadapi ujian besar membesarkan anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.
Walaupun niat DJ Sonic atau nama sebenarnya Awang Suffian Awang Hussein sekadar mahu memberi sokongan moral, namun cara ulasannya yang seolah-olah menggambarkan Fazura sedang bersedih dan meminta wanita itu mencari kedamaian hati mengundang pelbagai persepsi.
“Sibuk sahaja DJ Sonic ni, cara dia mengulas macam Fazura tak bahagia... Dia ni jurucakap Fazura ke?” tulis seorang pengguna media sosial yang kecewa dengan kenyataan tersebut.
DJ Sonic percaya Fazura seorang insan dan ibu yang kuat.
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang mempersoalkan tindakan DJ Sonic yang dianggap terlalu ‘busybody’ dalam hal peribadi pelakon itu.
Malah, ada yang secara sinis mencadangkan agar DJ Sonic melamar dan berkahwin dengan Fazura jika benar begitu mengambil berat tentang aktres berkenaan.
“Jarang ada lelaki busybody macam dia ni. Macam orang perempuan pula.
“DJ Sonic ni lebih baik kau sendiri sahaja lamar dan kahwin dengan Fazura kesayangan kau tu.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sering puji Fattah Amin, DJ Sonic tak pernah dengar Fazura ‘canang’ hal rumah tangga
ARTIKEL BERKAITAN: [V] DJ Sonic perjelas disangka dapat hadiah kereta, dedah kebaikan Fazura yang tak ramai ketahui
"Kahwin la dengan dia. Bahagia awak nanti sebab macam serasi je. Memahami perasaan masing-masing.
"Kau je kahwin dengan dia, muka pun sama," tulis beberapa komen netizen dalam artikel yang dikongsikan sebuah portal berita.
DJ Sonic sebelum ini menulis di platform Threads apabila menyifatkan Fazura adalah wanita tabah yang kuat menghadapi dugaan hidup terutama selepas berpisah dengan bekas suaminya pelakon Fattah Amin.
Bagaimanapun, komen-komen netizen itu seolah-olah tidak dapat menerima pandangan DJ Sonic yang mengingatkan Fazura supaya terus kuat dan mencari bahagia.
Antara kecaman netizen terhadap DJ Sonic.
Fazura sendiri dalam satu kenyataan baru-baru ini mengakui dia kini berada dalam fasa paling bahagia bersama anak tersayang, Fatima, walaupun berdepan cabaran hidup secara sendirian.
Untuk rekod, Fazura dan pelakon Fattah Amin berkahwin pada 27 November 2017 dan berpisah pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia empat tahun, Nur Fatima Aisya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube