suria

Cik Epal borong baju Melayu untuk ‘dulang boys’, cetus spekulasi bakal tamat zaman janda

KHABAR angin mengenai hubungan rapat pempengaruh popular, Cik Epal dengan seorang lelaki dikenali sebagai Ammar semakin menjadi bualan ramai.

Malah, timbul desas-desus pasangan berkenaan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi selepas dikatakan sudah mula membuat persiapan untuk meraikan hari bahagia mereka.

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan Cik Epal memilih baju Melayu untuk pembawa dulang hantaran pihak lelaki sebelum disapa oleh Pengurus Pemasaran Jakel, Muzaffar Jakel.

"Betul ke ni? Astaghfirullahalazim. Berapa dulang 'boy'? Tujuh?" soal Muzaffar.

Pertanyaan itu disambut dan diakui oleh Cik Epal.

Cik Epal disapa oleh Muzaffar Jakel ketika membeli baju Melayu. 

"Hanya nak buat untuk dulang 'boys'," katanya.

Muzaffar juga memaklumkan pihaknya sedang mengadakan jualan murah sekali gus dilihat menarik perhatian Cik Epal.

"Memang murah sangat ni kalau nak belikan untuk dulang 'boys’," kata Cik Epal.

Sebelum ini, timbul spekulasi kononnya pasangan berkenaan sudah pun membuat persiapan bagi meraikan hari bahagia. 

ARTIKEL BERKAITAN: Cik Epal tak hadap rumah sewa Jofliam, dedah pernah bayar ‘separuh’ ketika masih bersama

ARTIKEL BERKAITAN: Cik Epal dakwa dicakar Dewi, alami luka di mata!

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua-dua belah pihak.

Untuk rekod Cik Epal pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Jofliam pada 1 Jun 2014, namun bercerai pada Oktober tahun lalu. 

Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata yang bernama Han dan Yuki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain