PELAKON Ben Ali masih berteka-teki mengenai status rumah tangganya bersama aktres Nadiyah Shahab apabila sekali lagi mengelak daripada memberi jawapan jelas berhubung desas-desus sudah berpisah.
Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan, 32, berkata, isu berkenaan hanya timbul kerana mereka jarang tampil berdua di media sosial mahupun acara hiburan.
“Status rumah tangga tak jadi masalah, mungkin jarang nampak kami bersama.
“Jadi dari situ timbul netizen rasa kami dah tak bersama. Masih suami isteri itu subjektif… Status kami macam itu sahaja, pandai-pandailah netizen fikir sendiri,” katanya kepada mStar.
Ben dan Nadiyah selesa untuk tidak terlalu berkongsi kisah rumah tangga.
Ben ditemui ketika sidang media Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya yang berlangsung di New Ocean World, Petaling Jaya pada Khamis.
Dalam pada itu, Ben berharap peminat tidak membuat spekulasi tidak tepat sebaliknya mendoakan dia dan Nadiyah tentang perkara yang baik-baik sahaja.
“Jangan fikir bukan-bukan, doa yang baik-baik sahaja.
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video mesra, peminat doa hubungan Ben Ali dan Nadiyah Shahab kekal bahagia
ARTIKEL BERKAITAN: Berbekalkan modal RM50, Ben Ali berniaga sebab mahu cari duit kahwin... Kini sudah ada 4 jenama bisnes
“Kami kerap keluar bersama, cuma tak tunjuk di media sosial.
“Tambah pula, saya dengan Nadiyah memang sangat sibuk. Dia banyak travel ke Turki dan Vietnam manakala saya pun sibuk dengan urusan kerja,” jelasnya.
Sementara itu, Nadiyah, 32, yang turut hadir berkata, urusan perniagaan tetap menjadi keutamaan mereka biarpun berdepan dengan spekulasi mengenai masalah rumah tangga.
Jangan fikir bukan-bukan, doa yang baik-baik sahaja
BEN ALI
PELAKON
“Syarikat kami, Absolut memang hasil usaha bersama.
“Kami percaya pada rezeki, sama ada kami bersama atau tidak, perniagaan tetap berjalan.
“Tambah pula kami memang rapat dan tiada masalah untuk bekerjasama. Kalau tiada kami, tiadalah Absolut, sebab itu kena ada dua-dua,” ujarnya.
Spekulasi masalah rumah tangga Ben dan Nadiyah mula menjadi sebut kerana jarang dilihat bersama.
Sebelum ini, spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pasangan ini timbul sejak tahun lalu apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi tinggal bersama.
Bagaimanapun pada Januari lalu, Ben tampil menafikan perkara itu dan menegaskan mereka masih tinggal sebumbung.
Untuk rekod, Ben dan Nadiyah mendirikan rumah tangga pada 10 November 2018 di Singapura namun sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube