suria

Meerqeen sanggup ambil risiko, kurang bergaul di set demi ‘Thariq Ridzuwan’

Meerqeen tidak mahu kecewakan peminat.

SEBAGAI pelakon Meerqeen memberitahu dia sentiasa bersedia untuk memberikan yang terbaik dalam setiap karakter termasuk melakukan babak aksi. 

Malah Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 24, berkata, biarpun berdepan pelbagai risiko namun sudah menjadi tanggungjawab pelakon untuk melaksanakan setiap tanggungjawab dengan sempurna. 

"Saya sanggup buat apa sahaja untuk karakter. Apabila jadi pelakon, bukan hanya nak terlibat dengan cerita cinta. Ada masa kita juga akan berlakon aksi. 

Meerqeen komited membawakan watak Thariq. 

"Tetapi dalam setiap watak perlu tahu risiko. Jika tak sanggup terima, janganlah berlakon babak aksi. Kita perlu sentiasa bersedia," katanya kepada mStar. 

Meerqeen ditemui ketika majlis tayangan bersama peminat episod 15 drama Thariq Ridzuwan: His Treasure yang berlangsung di Cyberjaya pada malam Rabu. 

Bercakap tentang penglibatan dalam drama arahan Eyra Rahman itu, Meerqeen memberi sepenuh komitmen kerana sedar watak Thariq Ridzuwan yang dibawakan adalah satu amanah besar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen tak layan kecaman netizen, turun 12 kg demi ‘Thariq Ridzuwan’ 

ARTIKEL BERKAITAN: Perjuangan Thariq Ridzuwan terus diuji, minggu akhir lebih mendebarkan… “Drama ini hampir sama dengan konflik yang ada dalam novel”

Malah dia juga tidak mahu pembaca novel drama itu berasa kecewa disebabkan kegagalannya menghidupkan kisah seorang lelaki bernama Thariq. 

"Jujurnya ada juga rasa tekanan sebab kisah ini daripada salah satu novel terbaik. 

"Bukan semua orang boleh terima seperti mana kefahaman saya tentang watak Thariq. Saya ambil langkah lebih dan rasa lima kali baca skrip penuh," ujarnya. 

Jika tak sanggup terima, janganlah berlakon babak aksi

MEERQEEN 

PELAKON

Berkongsi lanjut Meerqeen berkata dia ada cara tersendiri supaya dapat memberi sepenuh perhatian ketika penggambaran drama itu dijalankan. 

Malah dia juga menjadi penggerak yang sentiasa berkongsi nasihat dengan pelakon lain. 

Meerqeen dan Qasrina bergandingan dalam Thariq Ridzuwan: His Treasure. 

"Sejak hari pertama saya dah 'lock' watak Thariq. Saya tak banyak bergaul dengan orang lain di lokasi dan pegang watak ini sehingga tamat penggambaran. 

"Saya juga banyak kongsi pesanan dengan rakan-rakan lain. Saya dah baca skrip lima kali, jadi tahu apa yang perlu dan tidak," jelasnya. 

Episod akhir Thariq Ridzuwan: His Treasure akan ditayangkan pada Khamis pukul 9 malam di Astro Ria, serta secara On Demand di Astro GO dan Sooka. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain