suria

Syasya Rizal bakal timang bayi lelaki

Syasya dan suami teruja bakal sambut anak kedua.

PENYANYI Syasya Rizal menjawab teka-teki kehamilan anak kedua apabila memuat naik video gender reveal. 

Menerusi hantaran yang dikongsikan,  Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, membuat kejutan letupan asap. 

Syasya sambul kelahiran anak pertama Disember tahun lalu. 

Video berkenaan menunjukkan asap yang keluar berwarna biru sebagai memberi tanda dia sekali lagi bakal mendapat anak lelaki. 

Dalam hantaran berkenaan, Syasya dilihat ketawa kegembiraan berkongsi perkara tersebut. 

ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal belum hamil anak kedua, tiada masalah dikurniakan zuriat ramai 

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab Syasya Rizal padam foto lama, bukan lagi cerminan diri lepas bertudung

Momen itu turut disaksikan suaminya Nasrullah Mohd Sapie dan anak sulung mereka, Mohd Yassir Hayyan. 

Untuk rekod, Syasya dan Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April tahun lalu.

Yassir kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain