suria

Shahidan Izwan teruja nak jadi bapa, tunggu hadiah kemenangan ‘boxing’ untuk beli kelengkapan bayi

Shahidan teruja bakal bergelar bapa.

BAKAL bergelar bapa, pelakon Shahidan Izwan meluahkan rasa syukur apabila diberi rezeki menimang cahaya mata lebih awal meskipun usia perkahwinannya masih baharu.

Shahidan atau nama sebenarnya Ahmad Shahidan Izwan Mohd Ali, 28, berkata dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai tunggak keluarga dan berharap segala urusan dipermudahkan.

"Rasa macam awal sebab kami baru sahaja berkahwin. Tetapi syukur diberikan rezeki ini untuk memiliki cahaya mata. 

Shahidan dan isteri sedia galas tanggungjawab menjadi ibu bapa. 

"Kami kena bersedia untuk menjadi ibu bapa yang baik untuk anak ini nanti. Semoga menjadi anak yang baik. 

"Saya sudah sedia untuk bergelar bapa," katanya ketika dihubungi mStar. 

Shahidan memaklumkan isterinya, Momoy Rahman kini hamil anak sulung dan usia kandungan sudah memasuki lima bulan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Shahidan Izwan berpusing beberapa kali sebelum terbabas, syukur isteri dan bayi dalam kandungan selamat 

ARTIKEL BERKAITAN: Baru lima bulan bernikah, Shahidan Izwan mahu segera timang anak

Dia juga sebelum ini berkongsi video memberitahu isterinya itu dijangka bersalin pada awal Januari 2026. 

Bercakap lanjut, Shahidan dan isterinya masih belum membuat persiapan membeli barangan bagi menyambut kelahiran anak mereka nanti. 

Shahidan yang kini aktif dalam sukan tinju berharap dia dapat merangkul gelaran juara dalam satu pertandingan akan datang untuk membeli kelengkapan bayi mereka. 

Selain berlakon Shahidan juga aktif dalam sukan tinju. 

"Barang-barang bayi masih belum beli lagi. Saya tunggu  satu pertandingan boxing pada 21 September ini. 

"Kalau ada rezeki menang, saya nak gunakan duit itu untuk beli kelengkapan bayi," ujarnya. 

Untuk rekod Shahidan dan Momoy mendirikan rumah tangga pada 22 Februari lalu. 

Sementara itu pelakon ini turut meluahkan rasa syukur apabila isteri dan anak dalam kandungan selamat selepas mereka terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada pagi Isnin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain