suria

Fatima selesa panggil ‘aunty Mira’, Fattah Amin seronok cerita fasal agama dengan Amira Othman

Fattah tampil jawab pertanyaan netizen.

MELIHAT kemesraan Amira Othman melayan anak tirinya, Nur Fatima Aisya membuatkan ramai peminat tertanya-tanya tentang panggilan mesra yang digunakan oleh anak perempuan Fattah Amin terhadap ibu tirinya itu.

Sebagai suami, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, tampil menjawab pertanyaan netizen yang memberitahu anaknya memanggil dengan gelaran ‘aunty Mira’. 

Fattah berkata mereka baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada Ahad lalu dan masih belum ada panggilan mesra antara anak dan isterinya itu.

Kemesraan Fatima dan Amira jadi perhatian.

"Fatima panggila mira aunty Mira. Baru kahwin semalam," katanya ringkas.

Fattah berkongsi perkara itu pada siaran langsung di TikTok pada malam Isnin.

Malah sepanjang siaran langsung, rata-rata netizen memuji kemanisan yang dipaparkan pasangan pengantin baru itu.

ARTIKLE BERKAITAN: “Fatima tak nak lepaskan tangan saya, dia terlalu rindu” - Fattah Amin

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin, Amira Othman sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz

Dalam pada itu, Fattah turut berkongsi dia berasa selesa dengan isterinya itu apabila masing-masing mempunyai pendapat dan pemikiran yang sama.

Kata Fattah dia dan Amira sentiasa meletakkan agama dan tujuan hidup paling utama.

"Kami ada satu topik yang suka untuk dikongsikanbersama mengenai agama. Tujuan hidup saya dengan Amira ini sama.

"Bila cakap mengenai sesuatu hal,  fikiran dan apa yang kami percaya sama. Kami akan setuju dan perkara itu menjadi seronok. 

Fattah dan Amira disatukan pada 14 September lalu.

"Bila nak berpasangan ini kena letak agama dan hidup paling utama. Tapi kalau tak ada dua ini kita takut benda-benda lain pun tak selaras. Paling penting asas dia kena sama," kongsinya.

Perkongsian tersebut membuatkan rata-rata netizen berpendapat pasangan berkenaan sekufu dari pemikiran mereka.

Terdahulu, pasangan itu selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis akad nikah di Sepang, Selangor, pada 14 September lalu.

Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nur Fazura pada 2017 sebelum bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup itu, Fattah dikurniakan seorang anak perempuan, Fatima.

Artikel Lain