suria

Dikritik tak profesional urus majlis nikah Fattah, Amira… Radin terima teguran dengan hati terbuka

Radin tak mahu keruhkan lagi keadaan.

NAMA penyampai radio, Radin menjadi sasaran kecaman netizen selepas didakwa tidak bijak mengendalikan majlis pernikahan pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman.

Menjawab isu berkenaan, Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 35, menjelaskan dia hanya mengikut permintaan pengantin yang mahukan suasana lebih santai.

"Saya kalau boleh nak elakkan benda ini lebih berpanjangan tapi secara jujurnya, saya hanya menjalankan tugasan seperti yang diminta oleh pihak pengantin iaitu mengemudi dengan santai dan tidak formal.

Radin tenang terima kecaman.

"Acara pernikahan itu merupakan hari penting buat pasangan pengantin dan keluarga, jadi semua dikendalikan mengikut kehendak pengantin dan seperti yang dirancang," katanya kepada mStar. 

Menyedari kecaman yang diterima, Radin berlapang dada dengan setiap teguran malah bersedia untuk menambah baik cara mengendalikan sesebuah majlis.

Dia juga percaya teguran daripada netizen itu kerana sikap prihatin mereka yang ingin membantu perkembangan kerjayanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Radin kongsi berita duka, ibu tercinta meninggal dunia - “Damailah mama di syurga”

ARTIKEL BERKAITAN: Radin Lepas Rindu Di Pusara

"Tapi apa yang boleh saya katakan saya terima dan ambil sebagai satu pembelajaran untuk penambahbaikan dan ilmu pada masa akan datang berhubung teguran dan nasihat.

"Saya anggap segala kritikan dan nasihat kepada saya itu adalah teguran membina. Ini juga sebuah bentuk kasih sayang dan keprihatinan semua pihak terhadap kerjaya saya selama ini.

"Saya juga mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin dan berterima kasih kerana mempercayai saya dalam mengemudi majlis penting dalam kehidupan mereka," kongsinya.

Fattah dan Amira disatukan pada 14 September lalu.

Sebelum ini, Radin teruk dikecam netizen dan dianggap tidak profesional semasa mengendalikan majlis pernikahan tersebut.

Pada 14 September lalu, Fattah selamat diijabkabulkan dengan Amira dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Golden Palm Tress Malaysia, Sepang, Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain