suria

Ramai pakat nak boikot ‘dulang girls’ Amira Othman dan Fattah Amin, Anzalna dipuji tenang hadap kecaman

Anzalna tenang walaupun dikecam netizen.

NAMA pelakon Anzalna Nasir menjadi perhatian selepas tampil sebagai pembawa dulang hantaran pada majlis perkahwinan pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman.

Berdepan kecaman netizen, Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 37, memilih untuk bertenang dan menganggap rasa suka serta benci itu sebagai lumrah kehidupan.

"Kenapa tak suka saya angkat dulang? Okay baiklah lepas ini saya angkat kerusi pula!

Anzalna bersama suami hadiri majlis pernikahan Fattah dan Amira.

"Saya sayang semua yang sokong saya, yang tak sokong pun saya tetap sayang juga. Sebab inilah kehidupan ada yang suka, ada yang tak suka," katanya.

Anzalna berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Threads miliknya pada Selasa.

Menurut Anzalna, dia juga enggan mengeruhkan lagi keadaan memandangkan ada individu sedang panas hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna mohon henti bandingkan Fazura, Amira Othman… “Mereka wanita hebat dan miliki keistimewaan”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin, Amira Othman sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz

"Tapi kita chill je, sebab saya tak akan buka ruang untuk benci. Kalau kita belajar suka semua, hidup jadi lebih tenang, hati jadi gembira," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji respons positif dan matang daripada Anzalna.

"Ini baru namanya berkelas, unbothered queen.  Tak payah layan Anzalna, dia orang spesis gila. Susah nak dididik.

Antara rakan selebriti yang menjadi artis.

"Semua yang ada dekat majlis itu dia orang benci, tapi Anzalna angkat apa pun tetap cantik!," antara komen netizen.

Sebelum ini, terdapat netizen yang tidak berpuas hati dengan perkahwinan Fattah dan Amira hingga meluahkan hasrat ingin memboikot Anzalna selain mengugut mahu nyah ikut media sosial pelakon itu.

Selain Anzalna, rakan artis seperti Ernie Zakri,  Hawa Rizwana dan Nabila Razali turut terkena tempias sama.

Fattah dan Amira disatukan pada 14 September lalu.

Pada 14 September lalu, Fattah selamat diijabkabulkan dengan Amira dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Golden Palm Tress Malaysia, Sepang, Selangor.

Sebelum ini, Fattah pernah berkahwin dengan Fazura pada 27 November 2017 dan bercerai pada 7 Oktober lalu. 

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain