suria

Aisar Khaled dimalukan, dihalau ketika hulur bantuan banjir di Bali

Aisar terdiam ketika ditegur penduduk.

NIAT baik pempengaruh media sosial, Aisar Khaled ketika menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Bali, Indonesia kurang disenangi segelintir penduduk tempatan.

Menerusi video tular di media sosial, Aisar atau nama sebenarnya Aisar Khaled Kamel, 25, dilihat dikerumuni orang ramai yang ingin mendapatkan pakaian daripadanya.

Namun, suasana bertukar tegang apabila seorang lelaki tiba-tiba menjerit ke arah Aisar dan pasukannya sebelum menghalau mereka dari kawasan berkenaan.

Aisar akur untuk pergi dari kawasan tersebut.

"Pergi kamu, jangan masuk di sini. Orang sedang membuat pembersihan. Alihkan kenderaan," tegurnya.

Di sebalik insiden memalukan itu, Aisar dilihat tenang berdepan situasi berkenaan sebelum memilih berundur bersama pasukannya.

Namun, dia menyifatkan individu terbabit sebagai seorang yang tidak tahu bersyukur atas bantuan yang diberikan.

"Maaf ya bang, terima kasih. Tiada hormat dan tidak bersyukur.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Tak perlu wakil rakyat, cukup ada pempengaruh prihatin” - Aisar Khaled tuai pujian ramai, sanggup sertai konvoi iringi jenazah Affan Kurniawan bersama ribuan penunggang e-hailing

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tindakan Aisar Khaled mahu rangkul bahu Naib Presiden Indonesia ditepis pengawal keselamatan... “Ingat kawan baik ke”

"Jangan risau saya okay saja," luahnya.

Walaupun begitu, kanak-kanak yang mengelilingi Aisar cuba memujuknya dan memohon maaf dengan sikap biadab penduduk berkenaan.

Pada 11 September lalu, berlaku banjir besar di pulau peranginan itu hingga mengorbankan kira-kira sembilan orang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain