suria

Dulu ucap tahniah, kini Amira berjaya miliki Fattah... Ramai ikut trend ‘jodoh itu rahsia Allah’

Amira jadi pecetus trend jodoh itu rahsia Allah.

SEJAK Amira Othman sah bergelar isteri kepada pelakon Fattah Amin, rata-rata netizen mula mengorek kembali ciapan lama penyanyi itu yang dibuat sekitar 2017.

Beberapa hantaran yang tular menunjukkan Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 32, pernah menitip ucapan tahniah atas perkahwinan Fattah dan Fazura di platform X (dahulu dikenali sebagai Twitter).

Selain itu, Amira juga pernah memuji hubungan romantis antara Fattah dan Neelofa ketika kisah mereka hangat diperkatakan.

Ciapan Amira kembali jadi bualan.

“Tahniah Fattah & Fazura, jodoh itu rahsia Allah,” tulis ciapan tersebut.

Perkongsian tersebut membuat peminat teruja memandangkan lapan tahun kemudian aktor terbabit sah menjadi miliknya.

Rata-rata menyifatkan jodoh tertulis antaranya dengan Fattah seperti diucapkan Amira sendiri sebagai  bukti kebesaran Allah.

Malah ramai netizen memaklumkan Amira yang asalnya hanya sebagai peminat Fattah akhirnya ditakdirkan hidup sebagai isteri lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Amira pandai masak” - Fattah Amin

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin, Amira Othman sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz

Apa yang menariknya, ciapan Amira itu turut menjadi ikutan wanita bujang sekali gus melakukan perkara sama dengan harapan dapat berkahwin dengan artis pujaan mereka.

Antara selebriti yang sebutan seperti Hisham Hamid, Zul Ariffin, Nadhir Nasar, Niezam Zaidi dan Ju Ji Hoon.

"Tahniah Zul Ariffin dan isteri. Jodoh itu rahsia Allah.

"Tahniah Nadhir Nasar dan Isteri, Tahniah Hisham Hamid dan Isteri," antara ciapan yang ditinggalkan.

Netizen mula cuba nasib ikut jejak Amira.

Perkara itu disokong ramai, malah menganggap tidak salah sekiranya ingin mencuba untuk mendapatkan jejaka pilihan hatinya. 

Pada 14 September lalu, Fattah selamat diijabkabulkan dengan Amira dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Golden Palm Tress Malaysia, Sepang, Selangor.

Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nur Fazura pada 2017 sebelum bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup itu, Fattah dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain