IBU kepada penyanyi remaja, Ara Aziz iaitu Puteri Lily Lokman berkongsi kisah lucu mengenai anaknya itu yang pernah berdoa tentang jodoh sewaktu masih kecil.
Menurut Puteri Lily, Ara yang ketika itu baru berusia lima tahun secara bersungguh-sungguh berdoa agar dikurniakan jodoh seorang doktor.
“Throwback waktu Ara umur lima tahun. Saya ingat dia nak doa minta lembut hati saya supaya belikan mainan… rupa-rupanya doa untuk bakal pasangan dia.
Ibu Ara harap permintaan anaknya itu dikabulkan Tuhan.
"Ya Allah, kabulkanlah doa anakku," katanya.
Kisah itu dikongsikan Puteri Lily menerusi satu video ‘throwback’ yang dimuat naik di TikTok miliknya pada Rabu.
Dalam video tersebut, Ara atau nama penuhnya Puteri Nur Azzahra, 14, ketika itu berada di Jabal Rahmah, Makkah iaitu lokasi yang sering menjadi tumpuan jemaah untuk berdoa khususnya tentang jodoh.
Tanpa segan silu, Ara memberitahu dia turut mengambil peluang berdoa agar dikurniakan pasangan hidup yang bukan sahaja bergelar doktor, malah rajin menunaikan solat.
ARTIKEL BERKAITAN: Masih ingat Ara? Anak Aziz M. Osman sudah 14 tahun, bakal lanjut pelajaran di universiti tahun depan
ARTIKEL BERKAITAN: Menjerit… panggil orang ‘oii’, Aziz hantar ke sekolah antarabangsa
"Assalamualaikum semua, ini tempat semua orang berdoa untuk mendapatkan pasangan hidup atau apa sahaja.
"Saya juga akan berdoa untuk dapat pasangan saya.
"Ya Allah berikan saya pasangan hidup seorang doktor dan rajin solat. Berikan kami kebahagiaan yang sangat besar, beri pasangan saya kaya juga," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan gelagat comel Ara yang sejak kecil sudah tahu berdoa tentang jodoh, malah mendoakan semoga hasrat itu dimakbulkan satu hari nanti.
Ara impikan pasangan hidup tak tinggal solat.
Untuk rekod, Ara merupakan anak hasil perkahwinan Puteri Lily dengan pengarah, Aziz M. Osman.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 sebelum bercerai pada Ogos 2023.
Selain Ara, mereka turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki, Putera Muhamad Aryan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube