suria

Netizen ugut boikot, Anzalna dedah pengikut media sosial naik ‘mencanak’

Anzalna mendedahkan pengikut di akaun media sosialnya makin bertambah.

SUSULAN menerima ugutan bakal diboikot gara-gara menjadi pembawa dulang hantaran pada majlis pernikahan pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman, penyanyi Anzalna Nasir menjelaskan dakwaan itu tidak berasas. 

Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 37, berkata, jumlah pengikut di akaun media sosial miliknya tidak terjejas sebaliknya meningkat sejak tular isu berkenaan. 

Kata Anzalna, dia percaya netizen sebenarnya bersikap rasional dan tidak terpengaruh dengan sentimen negatif yang digembar-gemburkan dalam media sosial.

Perkongsian Anzalna di Threads miliknya.

"Ya saya tahu benda ini bukanlah penting sangat tapi saja nak kongsi dengan korang (netizen). Pengikut saya naik di Instagram, Threads dan TikTok pun sama. 

"Maknanya mereka tak unfollow atau boikot pun. Hati mereka sebenarnya baik, tak buat apa pun yang digembar-gemburkan," katanya. 

Anzalna berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Khamis. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai pakat nak boikot ‘dulang girls’ Amira Othman dan Fattah Amin, Anzalna dipuji tenang hadap kecaman

ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna mohon henti bandingkan Fazura, Amira Othman… “Mereka wanita hebat dan miliki keistimewaan”

Pun begitu, dengan nada rendah diri Anzalna mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya dia melakukan kesalahan yang mungkin menyinggung perasaan mana-mana pihak.

"Jangan marah-marah lagi okay, saya pun nak minta maaf kalau ada salah silap. 

"Maruah takkan jatuh pun bila kita merendah diri untuk minta maaf. Sayang semua," ujarnya. 

Sebelum ini, terdapat netizen tidak berpuas hati dengan perkahwinan Fattah dan Amira hingga nama Anzalna mahu diboikot selain mengugut mahu nyah ikut akaun media sosial miliknya. 

Selain Anzalna, rakan artis seperti Ernie Zakri, Hawa Rizwana dan Nabila Razali turut terkena tempias sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain