MENJAYAKAN babak berendam dalam tab mandi menerusi filem seram Tembuni Berdarah, pelakon Sophia Albarakbah mengakui ia bukan sesuatu yang mudah.
Bagaimanapun Sophia, 32, melihat perkara itu sebagai cabaran yang cukup bermakna dalam kerjaya lakonannya.
Menurut Sophia, babak tersebut sangat penting dalam menyampaikan elemen seram yang diperlukan dalam filem berkenaan.
Sophia melakonkan watak Dr. Izara dalam filem Tembuni Berdarah.
"Saya pakai baju masa jayakan babak 'bathtub' itu. Lagipun saya lakukan kerana babak itu penting untuk menunjukkan benda paranormal jadi pada karakter Dr. Izara.
"Bagi saya tiada isu pun perkara ini, saya rasa ia memang bersesuaian dengan jalan cerita dan bagi saya okay," katanya kepada mStar.
Sophia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana filem Tembuni Berdarah yang berlangsung di GSC Mytown Shopping Centre, Cheras pada malam Rabu.
Menurut Sophia, sebagai pelakon dia sentiasa menjaga batas dan tidak mahu babak yang dilakonkan menjadi terlalu keterlaluan atau tidak sesuai untuk tontonan umum.
ARTIKEL BERKAITAN: Isu Puteri Jannah didakwa beli ‘likes’ selesai... Penganjur KNKV Viral Award 2024 perjelas salah faham, bukan tuduh tapi sekadar ‘alert’
ARTIKEL BERKAITAN: Dapat undian tertinggi, nama Puteri Jannah gugur didakwa beli ‘likes’... Ibu minta penganjur Anugerah KNKV perbaiki sistem
"Sudah tentu kalau ada babak yang keterlaluan seperti tak selamat untuk tontonan rakyat Malaysia, saya tak terima.
"Saya tak rasa orang akan persoalkan babak itu sebab tidak seksi pun. Lagipun babak dalam 'bathtub' itu saya pakai baju di dalam cuma ditutupi dengan buih sahaja.
"Babak tu orang kena fokus pada darah dan hantu itu," jelasnya.
Sementara itu, Sophia turut berkongsi pengalaman mencabar ketika penggambaran di lokasi sebenar, terutama babak di kubur yang memerlukan dia berlakon pada waktu malam.
Bagi saya tiada isu pun perkara ini, saya rasa ia memang bersesuaian dengan jalan cerita dan bagi saya okay.
SOPHIA ALBARAKBAH
PELAKON
"Babak paling susah saya rasa ketika berada di kubur kerana itu adalah kubur sebenar.
"Saya pula kena menjerit dan berlakon pada waktu malam dan saya rasa itu antara cabaran besar.
"Malah kena baca mantera pun satu perkara saya tak pernah buat," ujarnya.
Tembuni Berdarah merupakan filem bergenre seram.
Filem Tembuni Berdarah mengisahkan tentang Dr. Izara (Sophia), seorang pakar kecantikan yang obses mencipta produk kecantikan tetapi gagal mendapat sambutan ramai.
Dia mula tamak lalu menggunakan ilmu hitam amalan keluarganya untuk berjaya.
Selain Sophia, filem arahan pengarah Dr Ahmad Idham itu turut dibintangi pelakon lain seperti Niezam Zaidi, Khatijan Tan, Sharifah Shahora dan Riezman Khuzaimi.
Filem berkenaan akan mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 25 September 2025 ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube