suria

Sharul Kamal cari sinar baru, hasilkan karya lebih bermakna

Sharul mahu serlahkan lagi bakat nyanyian.

SEDEKAD bergelar penghibur, penyanyi dan komposer Sharul Kamal kini melangkah lebih jauh dalam dunia seni suara apabila menjalin kerjasama dengan syarikat rakaman baharu, Rocketfuel Entertainment.   

Sharul atau nama sebenarnya Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 28, berkata, dia kini tampil dengan dua karya terbaharu yang bukan sahaja menampilkan dirinya sebagai penyanyi, malah menyerlahkan sisi kreatifnya sebagai penulis lagu.

"Ini baru permulaan dan saya berjanji akan terus berkarya dengan seikhlas hati demi peminat semua.

Sharul lebih yakin dengan syarikat baharu.

"Saya harap karya saya semakin diterima bukan sekadar hiburan tapi karya yang meninggalkan kesan mendalam," katanya.

Berkongsi mengenai karyanya terbaharunya itu, Sharul berkata lagu berjudul Bayang mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia adalah hasil ciptaannya selain menerima sentuhan penyanyi Aepul Roza.

Lebih membanggakan, lagu itu turut menjadi runut bunyi (OST) filem aksi Magik Rompak.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dah 9 tahun jadi artis tapi ada orang belum kenal Sharul Kamal, kena marah disangka Hafidz Roshdi

ARTIKEL BERKAITAN: Alami jangkitan kuman pada peti suara, Sharul Kamal bimbang sakit jejas kerjaya

“Menulis dan merakam Bayang adalah proses yang sangat peribadi buat saya. Apabila ia dipilih sebagai OST untuk filem berskala besar seperti Magik Rompak, saya rasa bangga. 

"Lagu ini membawa jiwa dan naratif yang saya percaya akan memberi emosi tambahan kepada penonton di pawagam," katanya.

Sharul mahu hasilkan karya yang ikhlas.

Selain Bayang, Sharul turut menghasilkan lagu Emas yang dikatakan menjadi simbolik kepada permulaan baharu dalam kerjayanya.

Dia juga berharap karya tersebut dapat menghubungkan dirinya dengan pendengar yang sentiasa mahukan lagu jujur dan ikhlas.

“Lagu ini saya anggap sebagai satu titik permulaan untuk perjalanan seni supaya lebih berkembang. Saya percaya setiap penyanyi ada lagu yang menjadi tanda mula dan untuk saya, inilah dia," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain