suria

“Suka hati merekalah” - Nabila Razali malas ambil pusing isu boikot ‘dulang girls’

Nabila enggan mengambil pusing dengan kecaman netizen di media sosial.

PENYANYI Nabila Razali tidak mahu mengambil pusing dengan isu ‘boikot’ terhadap barisan selebriti yang terlibat sebagai pembawa dulang hantaran pada majlis pernikahan Amira Othman dan Fattah Amin 14 September lalu.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 33, berkata, kehadirannya hanyalah untuk meraikan hari bahagia sahabat baiknya itu dan bukan untuk mencari perhatian seperti yang diperkatakan segelintir pihak.

“Isu boikot adalah pendapat masing-masing. Saya berada di situ untuk meraikan hari bahagia sahabat saya Amira yang bertemu pasangan hidupnya.

Nabila hanya mahu meraikan hari bahagia sahabat baiknya.

“Apa jua orang cakap fasal perkahwinan mahupun kami yang menjadi sebahagian hari besar dia, saya hanya mampu baca dan tolak tepi sahaja. 

“Saya tumpang gembira buat Amira. Kalau kata fasal boikot itu terserah,” katanya kepada mStar.

Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran BMC Family 360° yang diadakan di BMC Mall, Cheras pada petang Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai pakat nak boikot ‘dulang girls’ Amira Othman dan Fattah Amin, Anzalna dipuji tenang hadap kecaman 

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ugut boikot, Anzalna dedah pengikut media sosial naik ‘mencanak’

Berkongsi lanjut, Nabila menegaskan dia tidak melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang besar apatah lagi ia melibatkan majlis perkahwinan yang sepatutnya diraikan dengan kegembiraan.

“Saya ada terbaca beberapa hantaran di media sosial, tapi saya tidak terkesan sebab pendapat orang berbeza-beza.

“Saya tidak rasa benda sebegini patut dijadikan isu, sepatutnya kita gembira untuk seseorang yang mendirikan rumah tangga iaitu hubungan yang halal.

Nabila (kiri) merupakan sahabat baik kepada Amira.

“Nak komen lebih-lebih pun saya tak tahu sebab saya tak terkesan langsung, saya rasa suka hati merekalah,” ujarnya.

Terdahulu ada segelintir netizen kurang senang apabila melihat beberapa selebriti tanah air menjadi pembawa dulang hantaran pada majlis pernikahan Fattah dan Amira.

Antaranya ialah pelakon Anzalna Nasir yang turut berdepan ugutan boikot. Bagaimanapun, Anzalna menegaskan jumlah pengikut di media sosial semakin bertambah meskipun ada yang mendakwa mahu berhenti mengikuti dirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Black, Eddie umum keluar Wings