suria

Selepas setahun ibu pergi, bapa Khai Bahar pula meninggal dunia

Bapa Khai meninggal dunia pada malam Jumaat.

BAPA kepada penyanyi popular, Khai Bahar dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat.

Berita duka itu pada awalnya dimaklumkan oleh beberapa kenalan rapat keluarga Khai menerusi hantaran di media sosial sebelum mendapat perhatian umum.

Menurut sumber terdekat, bapa Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 31, menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 9 malam.

Ibu dan bapa Khai sudah kembali bertemu Ilahi.

Bagaimanapun, Khai tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi sebaliknya hanya berkongsi semula (repost) berita pemergian arwah bapanya di Instagram Story miliknya.

Pada hantaran berkenaan, rata-rata pengikut menzahirkan ucapan takziah dan doa buat Khai serta adiknya, Kyra Bahar.

Ada juga yang menitipkan kata-kata semangat apabila Khai sekali lagi berdepan dugaan besar kehilangan insan paling disayangi. 

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar sudah kenal pasti penyebar fitnah, bakal ambil tindakan saman

ARTIKEL BERKAITAN: Melampau tuduh Khai Bahar bukan-bukan, bergambar dengan adik ipar lelaki pun kena fitnah

Tahun lalu tahun lalu Khai kehilangan ibu tercinta dan kini diuji dengan pemergian bapa tersayang.

“Takziah buat keluarga Khai atas pemergian ayahanda mereka. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah, diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

“Kuat betul ujian seorang Khai Bahar… tahun lalu ibunya pergi, tahun ini bapanya pula menyusul. Allah sayang kamu, teruslah tabah wahai Hero.”

Hantaran yang Khai repost di Instagramnya.

Sehingga kini, belum ada butiran lanjut mengenai punca kematian serta lokasi pengebumian arwah.

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Khai juga tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej yang dihantar tidak berbalas.

Untuk rekod, ibu Khai iaitu Allahyarhamah Rosnah Muhammad meninggal dunia pada 2 Januari 2024 di Kangar, Perlis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Black, Eddie umum keluar Wings