suria

Disangka ‘rehearsal’ majlis kahwin, Emma Maembong jelaskan sebab pakai baju pengantin

Emma nafi bakal berkahwin dalam masa terdekat.

PELAKON Emma Maembong tampil menjelaskan kekeliruan apabila penampilannya bersama DJ Kidd dalam satu majlis baru-baru ini disalah anggap sebagai sesi mencuba baju pengantin. 

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 33, menegaskan tuduhan tersebut tidak benar kerana apa yang dipakai hanyalah busana bertemakan tradisional perkahwinan seperti yang ditetapkan penganjur majlis berkenaan.

“Tak baik fitnah saya. Orang kata saya 'fitting' baju kahwin. Mana ada orang rehearsal kahwin dekat tempat awam.

Busana digayakan Emma dan DJ Kidd.

“Pada malam itu temanya memang kena pakai baju tradisional busana kahwin.

“Mungkin sebab semua orang hadir berpasangan, terus orang ingat saya nak kahwin. Belum lagi, itu cuma tema sahaja,” katanya kepada mStar.

Emma berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana episod akhir drama Seandainya Kita di W Factory Event Space, Shah Alam, Selangor pada malam Jumaat.

Menurut Emma, keterbukaannya membawa DJ Kidd di khalayak perkara istimewa sehingga perlu dijadikan isu besar.  

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong sahkan berkawan rapat dengan DJ Kidd, akui miliki banyak persamaan… “Saya gembira dengan hidup sederhana ini”

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Kidd sudah bertemu ayah, anak-anak Emma Maembong

Katanya, kehadiran bersama tidak wajar menimbulkan spekulasi keterlaluan kerana ia sekadar memenuhi tema majlis.

“Nak kata terlalu terbuka, biasa-biasa sahaja. Saya pun tak nak melebih-lebih.

“Lagipun saya dah tua, cerita saya pun dah tak eksklusif macam dulu,” ujarnya.

Emma ketika di majlis akikah Addy.

Sementara itu, Emma enggan memberikan sebarang komen mengenai kontroversi majlis akikah yang dianjurkan oleh usahawan Addy Kana apabila kini dalam siasatan pihak polis.

“Majlis orang, takkan saya nak komen. Tak ada ‘love’,” katanya ringkas.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menyiasat sebuah video tular memaparkan majlis akikah dengan tetamu berpakaian kuning lengkap bertengkolok ala istiadat diraja.

Video tersebut didakwa menyalahgunakan lambang diraja dalam sebuah acara peribadi hingga mencetuskan perdebatan di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Black, Eddie umum keluar Wings