NAMA pelakon Dayang Areeda turut terkena tempias apabila tular foto intim berserta aksi 'comolot' pasangan selebriti yang ditemui peminat di photobooth di pusat beli belah Wangsa Walk, Kuala Lumpur pada Ogos lalu.
Dayang atau nama sebenarnya Dayang Areeda Datu Abdul Razak, 31, berkata perkara tersebut sedikit sebanyak menganggu dirinya apabila dikaitkan dengan kontroversi berkenaan.
“Emosi saya memang terganggu sebab benda itu. Sudah tentu rasa sedikit down sebab saya rasa benda-benda macam itu tak patut.
Dayang akhirnya bersuara mengenai kontroversi melibatkan dirinya.
"Tapi benda dah berlaku, jadi biarlah. Saya tak nak komen lanjut tentang perkara itu," katanya kepada mStar.
Menurut Dayang, dia tidak tahu mengenai foto berkenaan namun terkejut apabila menerima khabar tersebut melalui peminatnya di media sosial.
“Tak tahu pun sebenarnya gambar itu fasal saya sehinggalah ada orang tag di TikTok. Mula-mula memang terkejut bila tengok,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Aksi tak senonoh dua pelakon popular kantoi, gambar ‘bercomolot’ jadi tontonan umum di pusat beli belah Kuala Lumpur
ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz dan teman lelaki selamba bercium di khalayak ramai... “Dia Islam kan?”
Walaupun kecewa dengan apa yang berlaku, Dayang bagaimanapun enggan terus memikirkan perkara itu sebaliknya fokus dengan kehidupan dan kerjayanya.
“Saya okay dan teruskan hidup. Sekarang pun saya sibuk dengan kerja dan uruskan kafe serta perniagaan,” jelasnya.
Dayang pilih fokus dengan kerjayanya..
Sebelum ini tular dua pelakon yang dikatakan sedang bercinta didakwa melakukan aktiviti tidak senonoh ketika mengambil gambar di photobooth sebuah pusat membeli-belah.
Menerusi foto yang dkirimkan, gambar intim berserta aksi cium mulut selebriti itu dikatakan dijumpai secara tidak sengaja oleh orang awam apabila ia ditampal bersama gambar pelanggan lain.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube