suria

Foto perkahwinan tular, Sabronzo Dolla didakwa sudah berkahwin

TIADA angin tiada ribut, tular foto dipercayai mirip anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo yang dikatakan sudah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya.

Menerusi foto yang tersebar di Threads pada Khamis terdapat seorang pengguna akaun secara terbuka menyatakan nama Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, 30, didakwa sudah berkahwin.

Malah individu itu turut memuat naik foto Sabronzo yang mengenakan gaun berona putih sambil memegang tangan lelaki di sisinya.

Mereka diraikan dalam majlis serba intim.

“Sabronzo Dolla sudah berkahwin. Tahniah,” tulisnya.

Difahamkan lelaki yang berjaya menambat hati Sabronzo itu dikenali sebagai Dash Berlin yang merupakan seorang DJ berasal dari Belanda.

Pasangan berkenaan dipercayai diraikan dalam majlis serba intim yang dihadiri rakan serta keluarga terdekat di sebuah pantai dipercayai di Bali, Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN:Sabronzo pilih ‘sorok’ si dia, enggan hal peribadi jadi tatapan umum

ARTIKEL BERKAITAN:Hati Sabronzo sudah dimiliki, janji tak tinggalkan Dolla kalau kahwin

mStar cuba menghubungi wakil syarikat rakaman Universal Music Malaysia untuk mendapat pengesahan mengenai pernikahan tersebut, namun tidak berjaya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan-akan tidak percaya dengan berita itu namun ada juga yang mengucapkan tahniah kepada penyanyi berkenaan.

"Aku tak rasa ini Ai, apa-apa pun tahniah!

Antara komen netizen mengenai perkahwinan Sabronzo.

"Dia kahwin dengan DJ ke? tak bau budulah majlis dia orang," antara komen netizen.

Mei lalu timbul spekulasi yang mendakwa Sabronzo sedang bercinta dengan seorang DJ antarabangsa selepas mereka dilihat berbalas komen di media sosial.

Bagaimanapun Sabronzo belum bersedia untuk mendedahkan identiti lelaki yang sedang bertakhta di hatinya bagi menjaga privasi semua pihak termasuk lelaki berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain