suria

Sabronzo sah isteri kepada anggota utama kumpulan Dash Berlin

Sabronzo sah milik Ryan.

SELEPAS berteka teki, anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo akhirnya mengesahkan sudah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Sabronzo apabila memuat naik foto perkahwinan bersama suami iaitu Ryan Fieret.

Difahamkan Ryan Fieret merupakan seorang DJ Belanda dan penerbit muzik elektronik yang kini menjadi anggota utama kumpulan terkenal, Dash Berlin. 

Suami Sabronzo berasal dari Belanda.

Tidak berkongsi sebarang kenyataan, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, 30,  hanya meletakkan emoji cincin bersama hati di ruangan kapsyen.

Menerusi beberapa foto yang dikongsikan memaparkan dia anggun mengenakan gaun berona putih sepadan dengan suaminya yang segak berbaju tuksedo krim.

Dalam hantaran sama,  Sabronzo juga berkongsi beberapa foto dipercayai dirakam ketika acara pernikahannya bersama suami. 

ARTIKEL BERKAITAN: Foto perkahwinan tular, Sabronzo Dolla didakwa sudah berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat dakwa foto kahwin Sabronzo bukan AI, ada pula nampak di klinik kesihatan buat ujian HIV

Sebelum ini, tular foto perkahwinan Sabronzo dan Ryan Fieret yang dipercayai berlangsung di Bali, Indonesia sejak Khamis lalu.

Pada Mei lalu timbul spekulasi yang mendakwa Sabronzo sedang bercinta dengan seorang DJ antarabangsa selepas mereka dilihat berbalas komen di media sosial.

Mereka dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam sebuah acara sekitar awal tahun 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain