suria

Hael Husaini tinggalkan Rocketfuel Entertainment?

Hael dikatakan masih meneliti tawaran.

PENYANYI Hael Husaini didakwa telah meninggalkan syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment(RFE) selepas bekerjasama lebih sedekad. 

Menguatkan spekulasi itu, album terbaharu Hael berjudul Antonim Pt.II dikatakan tertangguh pelancarannya kerana pengunduran penyanyi itu. 

Difahamkan kontrak Hael bersama RFE sudah berakhir pada Ogos lalu.

Hael masih lagi mengunci mulut berhubung kerjasamanya.

Menurut sumber, Hael dilaporkan sedang mempertimbangkan kerjasama bersama RFE serta turut  menerima beberapa tawaran daripada syarikat rakaman. 

Bagaimanapun penyanyi itu belum membuat sebarang keputusan kerana sibuk dengan urusan peribadi.

“Betul, Hael sedang diintai beberapa syarikat rakaman terkenal selepas beberapa kejayaan besar dalam bidang muzik sejak kebelakangan ini.

“Difahamkan, pihak syarikat RFE sudah beberapa  kali bertemu Hael, tetapi sehingga kini kedua-dua pihak masih belum memuktamadkan sebarang keputusan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hael Husaini ‘all out’ kongsi perjalanan 11 tahun anak seni, Siti Nurhaliza luang masa beri kejutan

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pengurus Hael Husaini didakwa seleweng RM28,000

Dalam masa sama, Hael kini sedang meneliti setiap tawaran kerana mahu memastikan perjalanan karier muziknya terus berkembang menjelang 2026.

“Hael ada perancangan besar untuk kerjaya seni pada tahun depn. Jadi  dia mahu lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan agar perjalanan kariernya lebih lancar dan kemas untuk masa mendatang,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain