suria

Ramai minta lokasi perawat, Kak Ton bukan kedekut tapi hormat permintaan… “Dia hampir kena strok ketika merawat sihir”

Kak Ton turut timba ilmu daripada pengamal perubatan Islam.

USAHAWAN terkenal, Kak Ton menjelaskan sebab utama dia enggan mendedahkan lokasi rawatan gangguan sihir yang dijalaninya.

Menurut Kak Ton atau nama sebenarnya Dr Zaiton Hassan, 67, walaupun ramai bertanya, keputusan itu dibuat kerana menghormati permintaan pengamal perubatan Islam berkenaan.

“Ramai yang tanya saya berubat di mana, malah ada yang kata saya tidak kasihan sebab mereka sakit bertahun-tahun.

Kak Ton syukur dapat kembali sihat.

“Saya bukan kedekut, tapi perawat itu bukan orang Malaysia. Dia pun sudah pesan kerana usianya sudah tua dan tidak lagi mengubati orang. Saya ini pun bernasib baik,” katanya kepada mStar.

Menurut Kak Ton, individu berkenaan sukar ditemui kerana sering mengikuti jemaah tabligh dan kini lebih banyak berehat daripada merawat pesakit.

"Dia selalu keluar tabligh. Masa ubatkan saya pun banyak benda yang datang. Ada satu malam dia hampir kena strok serta terima kesan yang teruk," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan main petik, bukan dia!” - Kak Ton nafi isteri Riezman Khuzaimi hantar sihir

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah lama tak nampak Kak Ton, rupanya bertahun ‘kurung’ dalam bilik gelap

Dalam pada itu, Kak Ton memberitahu dia juga mengambil peluang untuk menimba ilmu daripada perawat berkenaan untuk membantu mereka yang senasib dengannya.

Namun dia dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati kerana dia masih belum cukup kuat untuk berdepan dengan sihir.

Kak Ton belum bersedia kongsi lokasi rawatan.

"Dia pesan agar berhati-hati kerana saya masih lemah dan kalau ada apa-apa boleh rujuk padanya. 

"Tapi Alhamdulillah saya makin baik. Saya akan berangkat ke umrah bersama anak lelaki saya pada 7 Oktober ini. Dulu nak jalan jauh tak boleh sekarang Alhamdulillah makin sihat," kongsinya.

Sebelum ini, menerusi podcast Kenot Brain, Kak Ton mendedahkan dirinya berjuang selama lapan tahun untuk sembuh daripada gangguan sihir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain