suria

Rahim Azhari jual Proton X50 demi misi Global Sumud Flotilla... “Saya beli makanan asas untuk saudara di Gaza”

Rahim jual kereta Proton X50 demi sertai misi GSF

PENDAKWAH dan pempengaruh media sosial, Rahim Azhari yang kini menyertai armada Global Sumud Flotilla (GSF) menerusi panji Sumud Nusantara dalam pelayaran berbahaya menuju ke Gaza, Palestin memberitahu dia sanggup menjual kereta Proton X50 miliknya demi mengikuti misi kemanusiaan itu.  

Menurut Rahim, duit hasil jualan kereta itu turut digunakan bagi membeli makanan asas untuk diserahkan kepada rakyat Gaza yang sedang menderita. 

“Sebelum terbang ke Itali saya menjual kereta Proton X50 untuk misi ini. Segala hasil jualan digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan misi.

Rahim (paling kanan) bersama beberapa sukarelawan yang mengikuti misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. 

"Ada juga sumbangan daripada rakan-rakan dan keluarga yang digunakan untuk perbelanjaan rakan-rakan delegasi selain saya peruntukkan bagi membeli makanan asas untuk disampaikan kepada saudara kita di Gaza,” katanya kepada mStar.

Rahim yang dijangka tiba di Gaza pada Selasa berkata, dia memohon doa rakyat Malaysia agar perjalanan mereka dipermudahkan.

"Saya minta semua mendoakan kami di sini. Dalam masa beberapa jam lagi kami akan memasuki 'zon kuning',"katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana dengar bunyi letupan, kini dalam keadaan bersedia

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami tetap datang” - Ardell Aryana tak patah semangat, fokus buka sekatan di Gaza

Sebanyak 34 rakyat Malaysia menyertai misi GSF itu kini berada di perairan antarabangsa berhampiran dengan Greece dan dijangka memasuki zon kuning pada bila-bila masa sebelum tiba di perairan Gaza hujung bulan ini.

Semua sukarelawan Malaysia berada di bawah panji Sumud Nusantara diterajui Muhammad Nadir Al-Nuri.

Pelayaran GSF yang membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan bersama sukarelawan dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Timur Tengah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain