PERKONGSIAN foto pelakon Beego yang sedang makan bersama keluarga menarik perhatian ramai, sekali gus menimbulkan dakwaan dia dan isteri, aktres Linda Hashim, sudah kembali berbaik.
Tampil menjawab mengenai perkara itu, Linda atau Norhazlinda Hashim, 41, berkata dia hanya mengikuti permintaan anak-anak yang ingin makan bersama bapa mereka pada Jumaat lalu.
"Itu sekadar ikut pemintaan anak yang baru keluar hospital, selama dia dekat hospital makan tak berapa selera.
Linda dan Beego tak nak libatkan anak-anak.
"Jadi kami bawa makan dan selepas itu balik, tiada apa pun. Kami profesional sebab anak-anak, masalah antara kami itu biar kami selesaikan sendiri," katanya ketika dihubungi mStar.
Menurut Linda, sepanjang proses penceraiannya bersama suami, dia tidak pernah menghalang anak-anak untuk bertemu Beego kerana enggan memisahkan mereka.
Dia juga berharap dapat menjalinkan hubungan baik dengan suaminya sekiranya berlaku perpisahan kelak.
ARTIKEL BERKAITAN: Kaki anak Linda Hashim melecur tahap tiga, tertumpah kuah makaroni panas
ARTIKEL BERKAITAN: Linda Hashim bawa anak-anak keluar makan, dakwa suami culas nafkah… “Mana bapanya?”
"Masih dalam proses. Saya masih teruskan perjuangan untuk selesaikan. Harapnya selepas berlaku perpisahan nanti tiada masalah untuk kami uruskan anak-anak. Mereka pun akan gembira dan kami boleh bawa anak keluar bersama.
"Itu yang terbaik, tidaklah kami nak bergaduh dan bermasam muka sehingga anak-anak tak boleh jumpa bapa atau ibu mereka.
"Selama proses ini pun saya bagi saja dia bertemu anak-anak malah galakkan lagi," katanya lagi.
Tidaklah kami nak bergaduh dan bermasam muka.
LINDA HASHIM
PELAKON
Dalam pada itu, dia juga memberitahu sudah berbincang dengan Beego untuk menyelesaikan masalah mereka dengen segera.
"Kami pun ada berbincang juga mungkin akan selesaikan kes kerana antara kami sudah tidak boleh boleh bersama tapi urusan anak-anak tetap berjalan macam biasa," ujarnya.
Sebelum ini, Beego berkongsi sekeping foto memaparkan mereka sekeluarga makan bersama di TikTok miliknya.
Linda dan Beego ada tiga cahaya mata bersama.
Linda memfailkan cerai pada Januari lalu atas alasan tiada persefahaman.
Pasangan ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum rujuk semula pada 9 April tahun sama.
Mereka mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube