PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan kata-kata semangat kepada anak saudaranya iaitu Ahmad Daiyan selepas berjaya menempatkan diri di pentas akhir program realiti, Talk To My Manager (TTMM) pada malam Ahad.
Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 46, menegaskan meskipun nyanyian Ahmad atau lebih mesra disapa Amad sudah cukup baik, namun dia mengingatkan aspek persembahan pentas turut menjadi faktor utama dalam menarik perhatian penonton dan juri.
"Walaupun nyanyian Amad bagus, persembahan pentas adalah antara tarikan untuk setiap persembahan yang hebat.
Perkongsian Siti di Instastory miliknya.
"Kena usaha lebih lagi untuk final (minggu akhir). Terima kasih semua juri yang menegur dan guru yang mengajar," katanya.
Siti berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.
Dalam masa sama, Siti turut mengucapkan tahniah kepada Amad dan menitipkan pesanan agar anak saudaranya itu sentiasa belajar daripada kesilapan serta tidak cepat berpuas hati dengan pencapaian yang diraih.
ARTIKEL BERKAITAN: Balik rumah lewat, Amad tetap semangat ke sekolah... Siti Saerah tak mahu orang mengata belakang
ARTIKEL BERKAITAN: Umai bangga lihat Amad makin bersinar dalam industri, tak rasa kena ‘overshadow’
"Alhamdulillah tahniah Amad, belajar daripada kesilapan dan jangan terlalu selesa," ujarnya.
Pada Ahad, persembahan Amad menerusi lagu Apokalips mendapat tempat kedua dalam program TTMM sekali gus menempatkan dirinya ke pentas akhir.
Amad bakal bersaing dengan lima lagi peserta lain iaitu Thalita, Auddra, Marsya, Ammar dan Hadie.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube