suria

Adira bakal meriahkan konsert Hafiz Suip… Misteri jualan tiket dihentikan terjawab

Di Sebalik Aku Hafiz Suip bakal menemui peminat pada 1 November ini.

TEKA-TEKI jualan tiket konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip yang dihentikan sejak tiga minggu lalu akhirnya terjawab apabila harga tiket diturunkan selepas menerima tajaan tiga syarikat.

Pengarah Urusan SAH Entertainment, Muhammad Sufi Rashid, 34, berkata keputusan itu dibuat bagi memenuhi permintaan Hafiz sendiri yang mahu lebih ramai peminat berpeluang hadir.

“Ramai yang tertanya-tanya kenapa tiga minggu jualan tiket dihentikan. Ada juga yang membuat spekulasi konsert dibatalkan.

Adira (kanan) merupakan penyanyi jemputan di konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip.

Adira (kanan) merupakan penyanyi jemputan di konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip.

“Sejujurnya konsert tetap diteruskan, cuma Hafiz sendiri minta harga tiket diturunkan. Selepas kami mendapat tajaan daripada Bienz, Solustra Perfum dan Finura, barulah hasrat itu dapat direalisasikan,” katanya ketika ditemui pada sidang media tergempar di St. Giles Boulevard Hotel, Kuala Lumpur, malam Selasa.

Menurut Sufi, peminat yang sudah membeli tiket awal akan menerima pemulangan sebahagian bayaran (partial refund) sebagai tanda keprihatinan pihak penganjur.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip mahu kongsi cerita dengan peminat di konsert solo... “Bukan nak buka aib, minta simpati atau belas kasihan”

ARTIKEL BERKAITAN: Risau peti suara 'koyak', Hafiz Suip syak akibat penggunaan berlebihan

Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 1 November ini dijual dengan harga baharu bermula Bahagiamu Deritaku (RM588), Awan Nano (RM358), Takdir Tercipta (RM288), Ombak Rindu (RM228), Ku Akui (RM188) dan Matahari (RM148).

Lebih istimewa, konsert itu akan menampilkan dua artis undangan iaitu Adira dan Umai, manakala komposer Aubrey Suwito pula bertindak sebagai pengarah muzik.

Sebelum ini, timbul persoalan dalam kalangan netizen apabila tiket tidak boleh dibeli selama tiga minggu hingga mencetuskan spekulasi konsert dibatalkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain