PELAKON dan pengarah, Liyana Jasmay menegur segelintir pengkritik filem yang didakwa memberikan reviu secara keterlaluan sehingga mampu menjejaskan usaha penggiat seni tanah air.
Menurut Liyana, 37, ulasan yang menggunakan perkataan kurang baik bukan sahaja memberi kesan buruk kepada sesebuah karya, malah mempengaruhi orang ramai untuk tidak menonton filem tersebut.
“Pada yang reviu, berilah ulasan yang baik-baik. Kadang-kadang bila mereka guna perkataan tak baik, orang lain akan terus percaya. Sentiasa beri peluang dulu, kemudian penonton boleh buat keputusan.
Bagi Liyana profesion sebagai pengkritik filem seharusnya disertai dengan ilmu.
“Sebab itu bila buat reviu filem kena hati-hati kerana disebabkan mereka, orang lain juga tak mahu tonton filem berkenaan,” katanya kepada mStar.
Liyana berkata, profesion sebagai pengkritik filem seharusnya disertai dengan ilmu pengetahuan dan kelayakan dalam bidang tersebut.
“Nak jadi pengkritik filem kena pergi sekolah. Ada segelintir yang tak pergi ambil sijil untuk kritik filem. Bila mereka kritik terlalu ekstrem, kesian pada penggiat seni sebab bisnes filem kita yang kena bantu. Kalau tidak, macam mana nak buat filem lagi?
ARTIKEL BERKAITAN: Liyana Jasmay bakal ke Cannes, intai peluang cari pelabur untuk filem pertama
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Liyana Jasmay terima kritikan secara terbuka, tak ambil hati teguran PU Syed
“Komen buruk akan beri kesan pada seluruh industri filem. Sebab itu mereka perlu bijak serta berikan komen baik dan buruk supaya penggiat seni belajar daripada kritikan diberikan.
“Ini juga menandakan individu itu berilmu dalam filem. Tapi kalau cakap filem ini tak seronok, filem itu sampah, tak bolehlah macam itu,” jelasnya.
Dalam masa sama, Liyana menegaskan kritikan keterlaluan boleh mengganggu kelangsungan penerbitan karya baharu kerana ia membabitkan periuk nasi ramai penggiat seni.
“Sebab semua yang buat filem ini kawan, kita nak kawan-kawan kita semuanya maju. Bila dapat banyak untung, lagi banyak karya bagus dapat dibuat.
Liyana bakal muncul dengan filem lakonan terbaharunya berjudul Qifarah.
“Saya cuma harap pengkritik filem memberikan ulasan dengan lebih berhemah. Sebab bila mereka buat begitu, penonton lain ada peluang untuk tonton dan beri pendapat mereka pula. Lain orang lain minatnya,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Liyana bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Qifarah arahan Ghaz Abu Bakar yang akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 9 Oktober ini.
Filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon lain antaranya Datuk Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Rita Nadira, Vanida Imran, Namron dan Esma Daniel.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube