suria

Finas salur RM1.13 juta insentif ITFC 2.0 kepada 14 filem, bukti sokong karya tempatan

Hans menyempurnakan majlis penyampaian insentif ITFC 2.0 kepada 14 buah filem.

SEBANYAK 14 buah filem menerima insentif berjumlah RM1,128,729.74 di bawah pemberian Insentif Tayangan Filem Cereka 2.0 (ITFC 2.0) yang diberikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada Selasa. 

Majlis penyampaian insentif itu disempurnakan oleh Pengerusi Finas, Datuk Gerald Hans Isaac di Studio Dolby Atmos, Mix Stage, Finas, Hulu Klang. 

ITFC merupakan salah satu bentuk pengiktirafan dan galakan kepada penerbit filem untuk terus menghasilkan karya-karya berkualiti. 

Majlis penyampaian insentif ITFC 2.0 berlangsung pada Selasa.

Insentif itu bukan sahaja meringankan beban penerbit, malah menjadi bukti sokongan kerajaan terhadap kelangsungan industri filem tempatan.

Dengan pemberian insentif ITFC 2.0, Finas yakin dana itu dapat merancakkan aktiviti penerbitan filem cereka serta meningkatkan daya saing industri di peringkat serantau dan antarabangsa.

Setakat tahun ini, Finas telah menyalurkan lebih RM1.7 juta melalui program ITFC.

ARTIKEL BERKAITAN: Finas terus bela nasib penggiat kreatif, hulur sumbangan kepada Soffi Jikan melalui Ziarah Seni Madani

ARTIKEL BERKAITAN: 200 artis veteran lulus caruman SKSPS Perkeso, Finas rancang inisiatif anak seni jana pendapatan masa depan

Pada 22 April lalu, sembilan filem daripada tujuh syarikat penerbitan menerima insentif berjumlah RM613,702.13.

Manakala, tahun ini 14 buah filem telah menerima insentif berjumlah RM1,128,729.74 sekali gus memperlihatkan peningkatan jumlah penerbitan filem tempatan yang mendapat sambutan di pawagam. 

Majlis turut dimeriahkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif); Nik Kamaruzaman Nik Husin, Ketua Pegawai Eksekutif Finas; Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, Ahli Perbadanan merangkap Pengerusi Skim Wajib Tayang; Rozaidi Abdul Jamil (Zed Zaidi), Ahli-ahli Perbadanan Finas serta para penggiat industri kreatif. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain