PENYANYI Sufi Rashid sudah mengetahui lebih awal mengenai ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo yang akan berkahwin dengan jejaka pilihannya, Ryan Fieret.
Kata Sufi atau Muhammad Sufi Rashid, 34, perkara itu bukan lagi satu rahsia kerana hubungan pasangan tersebut sudah terjalin sejak tahun 2023.
“Sejujurnya saya tahu dia nak kahwin dan mereka sudah berkawan sejak tahun 2023.
Sabronzo dan Ryan sah bergelar suami isteri.
“Ryan seorang lelaki yang baik, pendiam dan tak banyak bercakap. Hanya orang yang tahu saja tahu.
“Bila label Sabronzo iaitu Universal Music beritahu mereka akan berkahwin, saya tumpang gembira untuk mereka. Eloklah berkahwin daripada couple lama-lama,” katanya kepada mStar.
Sufi berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas sidang media tergempar Hafiz Suip yang berlangsung di St. Giles Boulevard Hotel, Kuala Lumpur pada malam Selasa.
Menurut Sufi, dia sudah menjangkakan perkahwinan Sabronzo akan menjadi topik hangat dalam kalangan peminat memandangkan nama Dolla sering menjadi perhatian ramai.
ARTIKEL BERKAITAN: Sabronzo sah isteri kepada anggota utama kumpulan Dash Berlin
ARTIKEL BERKAITAN: Foto perkahwinan tular, Sabronzo Dolla didakwa sudah berkahwin
Lebih mengecewakan apabila segelintir netizen tergamak melemparkan pelbagai spekulasi dan tuduhan yang tidak berasas terhadap penyanyi itu.
“Saya dah boleh agak peminat akan buat pelbagai spekulasi bila Sabronzo berkahwin, sedangkan Dolla pun ramai yang cakap macam-macam.
“Apa yang terbaik adalah terus mendoakannya. Macam mana industri muzik kita nak maju? Kesian dia sebelum ini kena tuduh bukan-bukan.
Sabronzo dan Ryan sudah berkenalan sejak 2023.
“Selepas dia muat naik gambar dah kahwin, apa jadi dengan netizen yang kata buruk dulu. Anda sudah buat fitnah yang besar dan patut minta maaf,” jelasnya.
Pada Isnin lalu, Sabronzo mengesahkan dirinya sudah bergelar isteri kepada Ryan Fieret.
Difahamkan majlis pernikahan pasangan itu berlangsung secara sederhana di Bali, Indonesia.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube