suria

Aisha Retno kongsi rasa kehilangan, ‘Semoga Saja’ kolaborasi istimewa bersama Ade Govinda 

Aisha tampil berkolaborasi dengan Ade.

PENYANYI Aisha Retno menyifatkan lagu terbaharu bersama komposer asal Indonesia, Ade Govinda, berjudul Semoga Saja sebagai suatu karya yang sangat dekat di hatinya.

Mengangkat tema kehilangan, Aisha atau nama penuhnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam juga mahu berkongsi perasaan seperti itu bersama peminat.

Antara babak dalam muzik video Semoga Saja yang ditayangkan menerusi saluran YouTube Ade Govinda.

Jelasnya, lagu tersebut menggambarkan perasaan yang membekas dalam diri seseorang setelah ditinggal pergi oleh insan tersayang.

"Lagu ini bersifat peribadi untuk saya kerana mewakili rasa kehilangan dan doa yang mungkin pernah dirasai ramai orang.

"Justeru, saya berharap agar pendengar dapat merasakan kejujuran dalam setiap nada dan memperoleh kekuatan dalam harapan yang tersisa dalam diri," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi konsert batal buat Aisha Retno ambil masa untuk setuju jayakan showcase

ARTIKEL BERKAITAN: Ade Govinda tak sangka jadi pilihan artis tempatan, terharu karya diterima peminat Malaysia

Sementara itu, bagi Ade lagu 'Semoga Saja' memberi kelainan berbanding kerjasamanya dengan penyanyi Malaysia sebelum ini.

Jika dahulu Ade terkenal dengan genre pop-ballad, karyanya kali ini memiliki tempo sederhana dan sarat dengan emosi.

Lebih menarik lagi, video muzik lagu yang dilakukan di Cottage Basisir Pole, Pantai Carita, Indonesia ini turut mendapat sentuhan pengarah Bagoes Tresna Adji.

Aisha teruja bekerjasama dengan Ade. 

"Menunggu seseorang yang telah pergi membuat kita menggila, namun kedatangannya selalu menenangkan," ujar Bagoes.

Dalam masa yang sama, dia berharap agar peminat mendalami makna tersirat yang ingin disampaikan menerusi lagu tersebut.

'Semoga Saja' kini boleh dinikmati di seluruh platform muzik digital bermula 19 September lalu, sementara muzik videonya ditayangkan di saluran YouTube Ade Govinda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain