BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bahawa dia mengagumi bakat dimiliki oleh pemenang tempat kedua Indonesian Idol musim ke-13 iaitu Fajar Noor.
Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 46, pada mulanya tidak mengingati nama penyanyi berkenaan namun memberi petunjuk dengan menyanyikan lagu Putri Iklan yang pernah dipopularkan Fajar.
Siti turut memuji persembahan Fajar dalam persembahan terbaharunya bersama penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), di konsert yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 27 September lalu.
Fajar antara penyanyi Indonesia digemari Siti.
“Siapa yang baru menang tu (sambil menyanyi lagu Putri Iklan), yang lelaki tu. Oh Fajar.
“Dia (Fajar) baru lepas buat konsert bersama BCL di Malaysia. Itu pun salah satu artis yang bagus,” katanya.
Siti berkongsi perkara itu menerusi sebuah video temu bual bersama media Indonesia yang dimuat naik di TikTok.
Dalam perkongsian video tersebut, penyanyi lagu Nirmala ini ditanya mengenai artis Indonesia kegemarannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon dedah skandal Fajar Noor, pengikut IG turun 20,000
ARTIKEL BERKAITAN: Fajar Noor tak terkesan dengan kontroversi skandal cinta, mahu fokus kerjaya nyanyian
Dalam pada itu, Siti turut menyatakan rasa kagum terhadap penyanyi Lesti Kejora.
“Selain itu, penyanyi yang sudah agak senior Lesti bagus juga,” ujarnya ringkas.
Siti dan Ade tampil membuat persembahan sempena Indonesian Television Awards RCTI di mana penyanyi itu turut berduet dengan Lesti.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube