suria

Kapal dinaiki Heliza Helmi disembur meriam air

Heliza memberitahu kapal dinaiki disimbah cecair 'water cannon'.

SELEBRITI Heliza Helmi memaklumkan kapal Hio yang dinaiki bersama delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) menuju ke Gaza, Palestin disembur meriam air (water cannon) oleh tentera laut Israel sebentar tadi. 

Menerusi perkongsian di laman Threads miliknya, Heliza berkata, tentera laut Israel sedang memberi tekanan psikologi supaya kapal mereka tidak meneruskan perjalanan ke Gaza. 

"Tentera laut Israel telah membuang cecair 'water cannon' ke arah kapal Hio.

"Water cannon digunakan untuk paksa bot berhenti atau berpatah balik," katanya. 

Heliza berkongsi keadaan terkini ketika pelayaran ke Gaza.

Menurut Heliza, tindakan kasar yang dilakukan tentera Israel itu menunjukkan mereka sanggup menggunakan kekerasan walaupun terhadap kapal kemanusiaan. 

"Sembuhan air bertekanan tinggi boleh buat kru kapal hilang kawalan, panik atau rosakkan sistem bot. 

ARTIKEL BERKAITAN: Nadzmi Adhwa titip doa buat isteri, WhatsApp Ardell Aryana tidak lagi berfungsi 

ARTIKEL BERKAITAN: Nadzmi Adhwa tak tahu bila Ardell Aryana pulang ke tanah air 

"Dengan guna water cannon, Israel tunjuk bahawa sekatan laut Gaza dikuatkuasakan dengan ketat dan mereka sanggup guna alat kekerasan walaupun terhadap kapal kemanusiaan. 

Untuk info tiga kapal milik GSF dilaporkan dipintas dan dinaiki tentera laut Israel di perairan antarabangsa.

Dalam kejadian sekitar jam 8.30 malam waktu Gaza, tiga kapal dikenali sebagai Alma, Surius dan Adara menjadi sasaran pemintasan.

Menurut kenyataan rasmi GSF, sistem komunikasi kapal turut dipercayai diganggu secara sengaja oleh tentera Israel bagi menghalang isyarat kecemasan serta siaran langsung ketika kejadian.

 

Artikel Lain